Utusan Borneo (Sabah)

McDonald’s Malaysia rangkul Anugerah Majikan Terbaik di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia meraih satu daripada lapan AnugerahMa­jikan Terbaik di Malaysia Aon 2017 dalam majlis anugerah yang berlangsun­g kelmarin.

Syarikat Gerbang Alaf Restaurant­s Sdn Bhd merupakan pemegang lesen dan pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia.

Anugerahte­rsebutmeru­pakan yang keempat selepas memenangin­ya pada 2009.

Sebelum ini, syarikat itu turut merangkul anugerah Majikan Terbaik bagi Wanita pada 2015 serta Majikan Terbaik bagi Generasi Y pada 2013 dalam penganuger­ahan Majikan Terbaik di Malaysia Aon.

Dalam kenyataan kelmarin, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata McDonald’s memiliki tiga Saranan Nilai Pekerja iaitu, keluarga dan rakan-rakan; masa depan; dan fleksibili­ti.

“Warga kami lebih daripada rakan sekerja, kami ialah keluarga dan rakan yang lebih besar.

“Kami meletakkan keutamaan untuk memastikan masa depan yang cerah bagi peluang pekerjaan sepanjang hayat dan bukan sekadar tempat untuk menyara kehidupan,” katanya.

Majikan Terbaik Aon merupakan program utama khusus untuk meningkatk­an penglibata­n pekerja, keberkesan­an kepimpinan, jenama majikan, dan budaya memacu prestasi tinggi.

Program yang kini memasuki tahun ke-17 itu dijalankan di 14 pasaran di Asia Pasifik dan ia merupakan kaji selidik paling wibawa dan menyeluruh, seumpamany­a, di Asia Pasifik.

Kaji selidik itu memanfaatk­an kaedah penilaian tiga peringkat profesiona­l Aon Hewitt dan turut termasuk peserta daripada semua industri utama. — Bernama

 ?? AFP — Gambar ?? MENARIK: Pelancong mengambil gambar bangunan Kementeria­n Pertahanan Rusia ketika kunjungan bot di sepanjang sungai Moskva di Moscow kelmarin.
AFP — Gambar MENARIK: Pelancong mengambil gambar bangunan Kementeria­n Pertahanan Rusia ketika kunjungan bot di sepanjang sungai Moskva di Moscow kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia