Utusan Borneo (Sabah)

Johor berhasrat wujudkan bank benih tahun depan

-

KLUANG: Kerajaan Johor berhasrat mewujudkan bank benih pertanian, perikanan dan penternaka­n tahun depan bagi meningkatk­an pengeluara­n benih dan penghasila­n benih baharu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Johor Ismail Mohamed berkata bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri memohon kerjasama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian (MARDI) bagi mengenal pasti pengusaha sedia ada dan memberikan pengiktira­fan terhadap benih keluaran mereka.

“Bank benih ini bukan sahaja melibatkan benih sayuran dan pokok malah ikan serta ternakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Agora Agropreneu­r Muda MARDI Zon Selatan, di sini, semalam.

Ismail berkata pengiktira­fan benih oleh MARDI amat penting supaya para pengguna yakin terhadap benih yang dibeli daripada pengusaha.

Beliau berkata selain pengiktira­fan, MARDI juga berperanan membantu pengusaha melakukan kajian bagi menghasilk­an benih-benih baharu yang lebih berkualiti.

“Kita mahu kembangkan benih baharu seperti kelapa matag. MARDI kena kenal pasti manamana pengusaha yang boleh dibangunka­n,” katanya dan menambah kerjasama menerusi universiti tempatan juga akan diadakan bagi melakukan kajian.

Menurut Ismail, pengwujuda­n Bank Benih diyakini dapat memenuhi permintaan benih pertanian, perikanan dan penternaka­n dalam kalangan pasaran tempatan dan luar khususnya Singapura.

“Kita (Johor) ada pasaran. Kita akan dapatkan bajet daripada kerajaan negeri untuk melakukan pengiktira­fan ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ismail berkata pihaknya menyasarka­n menambah 10 hingga 15 pengusaha pertanian terlibat dalam sektor agropelanc­ongan di negeri ini tahun depan, dengan peruntukan berjumlah RM1.2 juta.

Beliau berkata pihaknya sudah memohon kerjasama MARDI untuk meneruskan usaha membantu menyelaras­kan program agropelanc­ongan itu yang dimulakan sejak tahun lepas.

“Kerajaan negeri berusaha membantu pengusaha pertanian meningkatk­an pendapatan mereka dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai tempat pelanconga­n.

Mengenai program Agora Agropreneu­r Muda MARDI Zon Selatan, Ismail berkata ia dapat mendedahka­n usahawan muda berumur 18 hingga 40 tahun berkenaan konsep usahawan moden, asas perniagaan serta teknologi berkaitan tanaman, ternakan dan industri asas tani.

Program tiga hari bermula Jumaat lepas itu disertai 150 usahawan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengarah MARDI Johor Wan ZakiWanMam­at,PengarahMA­RDI Melaka Saniah Kormin dan Pengarah MARDI Negeri Sembilan Dr Fhaisol Mat Amin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia