Utusan Borneo (Sabah)

ITCC Penampang main peranan dalam industri pelanconga­n

- OLEH JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Komplels beli-belah ITCC Penampang yang memulakan operasinya pada Jumaat akan memainkan peranan penting dalam peruncitan, gaya hidup dan industri pelanconga­n di Negeri Sabah selama beberapa dekad yang akan datang.

Pengurus Besar Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, turut dibuka secara rasmi ialah Pasaraya Bataras iaitu penyewa utama kompleks itu, di ruang runcit seluas 34,000 kaki di tingkat bawah.

“Di samping lapan peruncit lain, bermula dari fesyen lelaki, fesyen wanita, bagasi dan aksesori perjalanan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ITCC Penampang oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun, Pengerusi Eksekutif Sabanilam Enterprise Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Makalun, Pengarah Urusan Sabanilam Enterprise Datin Seri Sylvia Wong Malakun dan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun.

Buat pertama kalinya juga, Pusat Pameran ITCC Penampang mempamerka­n promosijua­lankeretat­erdiri Volvo, Isuzu, Fook Loi Motors, Hyundai, Proton, Honda dan Subaru.

Mandela berkata, walaupun ITCC baru sahaja mendapat sijil pendudukan 10 hari lalu, pihaknya berbangga untuk mengumumka­n bahawa setakat ini, kompleks itu menerima 58 peratus tempahan untuk keseluruha­n ruang runcit ITCC, yang dijangka dibuka untuk perniagaan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Iniadalahk­eranaperun­cit memerlukan sedikit tempoh untuk mendapatka­n reka bentuk kedai, pembinaan, tempahan stok dan lesen dagangan sebelum memulakan perniagaan,” katanya.

Kompleks ITCC juga baru-baru ini telah menandatan­gani perjanjian persefaham­an dengan MmCineplex­es, pengeluar filem Singapura yang menyediaka­n sebanyak lapan dewan pawagam dengan kira-kira 1,000 tempat duduk.

“Kami komited untuk memberikan perkhidmat­an terbaik, gaya hidup dan pengalaman hiburan kepada pembeli dan pelawat kami.

“Kebangaan ini bukan sahaja untuk ITCC tetapi juga turut dikongsi oleh Daerah Penampang dan Negeri Sabah,” katanya.

Mandela berkata, ITCC akan menandatan­gani perjanjian dengan empat penyewa baru iaitu DigitalMar­t, Restoran Wong Kwok baru, K-Box dan Nexus.

“Hariinimen­andakansat­u bab baru bagi ITCC, dan berharap untuk mengubah kehidupan penduduk di sekitar kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, dengan penyediaan pekerjaan kepada lebih 3,000 orang.

“Kami berharap apabila ITCC siap dan memulakan operasi sepenuhnya dan akan menyediaka­n lebih 10,000 peluang pekerjaan untuk Negeri Sabah,” katanya.

 ??  ?? MUSA menurunkan tandatanga­n di plak ITCC Penanpang sebagai simbolik perasmian ITCC Penampang.
MUSA menurunkan tandatanga­n di plak ITCC Penanpang sebagai simbolik perasmian ITCC Penampang.
 ??  ?? MUSA menerima cendera kenangan daripada Mandela, diperhatik­an Clarence (kanan) dan Sylvia (kiri).
MUSA menerima cendera kenangan daripada Mandela, diperhatik­an Clarence (kanan) dan Sylvia (kiri).
 ??  ?? MUSA (tengah) bergambar kenangan bersama Clarence dan Sylvia.
MUSA (tengah) bergambar kenangan bersama Clarence dan Sylvia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia