Utusan Borneo (Sabah)

Getah akan saksi dagangan pada jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia diramal menyaksika­n dagangan pada jajaran kecil dengan kecenderun­gan meningkat minggu ini.

Peniaga berkata, pasaran dijangka disokong bidaan dana di pasaran hadapan getah serantau.

“Penanda aras kontrak getah di Bursa Komoditi Tokyo mengakhir minggu ini (Jumaat) pada paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan, dirangsang pasaran hadapan Shanghai yang lebih kukuh.

“Pasaran tempatan mungkin akan bergerak seiring dengan trend meningkat berterusan pasaran getah serantau dan harga minyak yang berpotensi untuk terus pulih berikutan kebimbanga­n taufan Harvey akan menjejaska­n pengeluara­n Amerika Syarikat akan turut menjadi pemangkin positif,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanap­un memberi amaran, pasaran getah tempatan juga mempunyai risiko merosot minggu ini berikutan jangkaan peningkata­n bekalan getah di pasaran fizikal dalam masa terdekat.

“Sentimen pasaran minggu depan mungkin terjejas berikutan ramalan yang dibuat Persatuan NegaraNega­ra Pengeluar Getah Asli yang kekurangan getah asli dunia akan merosot kepada 466,000 tan metrik pada September berbanding 700,000 tan metrik sekarang ini.

“Dengan mengambil kira semua faktor terlibat, dagangan pada jajaran kecil dengan kecenderun­gan meningkat akan menjadi ramalan pasaran tempatan minggu ini,” tambahnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari untuk gred tayar SMR 20 meningkat tiga sen kepada 654 sen sekilogram manakala lateks pukal susut empat sen kepada 559 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang untuk SMR 20 jatuh 12.5 sen kepada 650.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun sembilan sen kepada 562 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia