Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan RM2,520-RM2,620 setan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan antara RM2,520 dan RM2,620 setan minggu ini susulan spekulasi kecil.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata dagangan minggu ini dijangka cenderung kepada pengambila­n untung berterusan dan pembetulan teknikal selepas kenaikan baru-baru ini.

“Pasaranmen­catatkenai­kan bagi enam sesi berturut-turut minggu ini, mencecah paras tertinggi dalam lima bulan, berikutan spekulasi ke atas kebimbanga­n pengeluara­n.

“Peserta pasaran mungkin mahu terus mendapatka­n keuntungan susulan kenaikan harga dan mengurangk­an dedahan bagi minggu dagangan singkat, minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Teh berkata, adalah sukar untuk pasaran menguji paras rintangan lebih tinggi pada minggu ini atau ia akan menguji paras utama RM3,000 satu tan bulan ini.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, September 2017 meningkat RM58 kepada RM2,733 setan, Oktober 2017 naik RM66 kepada RM2,739 setan, November 2017 dan Disember 2017 masing-masing bertambah RM69 kepada RM2,750 setan dan RM2,760 setan, manakala Januari 2018 menokok RM67 kepada RM2,772 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 302,901 lot daripada 245,786 lot yang dicatat pada minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 271,066 kontrak daripada 225,235 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan September bertambah RM55 kepada RM2,740 setan, daripada RM2,685 setan (Selatan Ogos) minggu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia