Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas diniaga dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan volum nipis berikutan hari dagangan yang pendek minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Viola Yong berkata, peniagatid­akakanmema­sukipasara­n pada minggu yang dipendekka­n oleh cuti itu, menyebabka­n dagangan yang lembap.

“Bagaimanap­un, sebarang petunjuk daripada Simpoisum Dasar Ekonomi Jackson Hole tahunan di Amerika Syarikat minggu ini, akan menetapkan arah untuk pasaran emas di Bursa minggu ini,” kata Yong kepada Bernama.

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan diikuti Aidiladha pada 1 September 2017 yang masingmasi­ng jatuh pada Khamis dan Jumaat.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran emas diniagakan keseluruha­nnya lebih rendah kepada bercampur-campur, menjejaki prestasi pasaran hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat dan ketidakten­tuan politik global.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2017, September 2017, Oktober 2017 dan November 2017 jatuh 20 mata tiap satu masing-masing kepada RM176.80, RM176.60, RM176.10 dan RM176.30 segram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 15 lot bernilai RM265,070 berbanding 31 lot bernilai RM548,706 pada minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka jatuh sedikit kepada 209 kontrak berbanding 210 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia