Utusan Borneo (Sabah)

Diberi anugerah pencapaian sepanjang hayat SAG

-

MORGAN Freeman, pelakon versatil yang terkenal kerana membawa watak tuhan, presiden dan bapa ayam, akan diberi penghormat­an dengan anugerah pencapaian sepanjang hayat bagi 2017 oleh Screen Actors Guild (SAG) di majlis tahunannya pada Januari tahun depan.

Freeman, 80 tahun, dengan karier prolifik yang menjangkau 50 tahun dan lebih 100 buah filem, akan menyertai barisan penerima sebelum ini seperti Lily Tomlin, Debbie Reynolds dan Dick Van Dyke apabila dia menerima penghormat­an itu di satu majlis yang akan diadakan di Los Angeles pada 21 Januari. SAG mengumumka­n anugerah itu Selasa lepas.

“Ada pelakon yang menghabisk­an seluruh kariernya dengan menunggu watak sempurna. Morgan menunjukka­n kepada kita bahawa kesempurna­an sebenar adalah apa yang dibawa oleh seseorang pelakon itu kepada watak,” presiden SAG-AFTRA Gabrielle Carteris menyebut dalam satu kenyataan.

“Dia inovatif, tidak gentar dan tidak terikat sama sekali dengan jangkaan,” tambahnya.

Anugerah itu diberi setiap tahun kepada pelakon yang memupuk ideal terbaik dalam profesion lakonan.

Suara berwibawa dan perilaku tenang Freeman telah menyaksika­nnya diberi watak sebagai tuhan, atau suara tuhan, dalam filem termasuk ‘Bruce Almighty’, dan dia berlakon sebagai presiden dalam ‘Invictus’ dan ‘Deep Impact’. Pada 2005, dia memenangi anugerah Oscar bagi wataknya sebagai seorang bekas peninju dalam ‘Million Dollar Baby’. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia