Utusan Borneo (Sabah)

Guna tabung pendidikan bantu akademik anak rumah panjang

-

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat mahu setiap ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di rumah panjang di negeri ini menubuhkan tabung khas pendidikan anak.

Menurut beliau, penubuhan tabung pendidikan berkenaan bertujua membantu anak rumah panjang melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Dengan penubuhan tabung pendidikan terbabit ia bukan sahaja memberi keuntungan kepada ana kita melanjutka­n pelajaran malah ia memberi kejayaan kepada rumah panjang apabila mereka cemerlang.

“Anak berjaya hasil bantuan tabung pendidikan itu nanti bakal membawa pembanguna­n serta perubahan kepada rumah panjang,” ujarnya.

Beliau juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Program Saranan Ibu Bapa, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang bertempat di Dewan SK Batu Lintang dekat sini, baru-baru ini.

Masir turut memberi penekanan kepada semua ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini untuk sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak masing-masing.

Katanya, sudah menjadi tanggungja­wab JKKK untuk menerang betapa penting memberi pendidikan terbaik kepada anak selain memberi fokus kepada agenda pembanguna­n yang lain.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Guru Besar SK Batu Lintang Leornard Libau, Pemanca Micheal John Sanggop, Pegawai Khas kepada Masir Edmund Pirang, Yang Dipertua PIBG SK Batu Lintang Tuai Rumah Along Kang serta yang lain.

Pada majlis berkenaan, Masir turut memperuntu­kkan dana masing masing berjumlah RM 10,000 kepada Majlis Guru Besar Zon Pantu, Zon Undop dan Zon Lingga.

Manakala RM25,000 pula turut disalurkan kepada PIBG SK Batu Lintang Undop untuk tujuan melaksanak­an aktiviti sepanjang tahun mereka.

Dalam pada itu juga, Masir turut menyampaik­an geran kerajaan kepada mangsa kebakaran dari Rumah Siliver Garit, Kenyungan Sri Aman berjumlah RM 190,000 yang musnah dalam kebakaran pada bulan Julai yang lalu.

 ??  ?? MASIR (empat kiri) menarik reben sambil diperhatik­an oleh Leanord (tiga kiri), Micheal (kiri), Along (lima kanan) serta yang lain semasa merasmikan program berkenaan.
MASIR (empat kiri) menarik reben sambil diperhatik­an oleh Leanord (tiga kiri), Micheal (kiri), Along (lima kanan) serta yang lain semasa merasmikan program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia