Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si komoditi sara diri kepada komersial

Petani, penternak harus berani lonjak pendapatan per kapita masyarakat luar bandar, kata Dr Rayong

-

SKRANG: Golongan petani dan penternak perlu berani mentransfo­rmasi komoditi berskala kecil untuk keperluan sendiri menjadi lebih komersial, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Jelasnya, ketika ini kerajaan menggalak rakyat menceburi pertanian komersial diyakini mampu melonjak pendapatan per kapita masyarakat luar bandar.

“Zaman kita bercucuk tanam dan menternak haiwan untuk keperluan diri sudah berlalu. Sudah tiba masa berubah kepada pertanian moden dan berskala besar agar misi kerajaan mahu melihat golongan petani dan penternak berpendapa­tan dari RM2,000 hingga RM4,000 sebulan tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan zakat kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Engkilili/Lubuk Antu di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di Skim Skrang di sini, pada Sabtu.

Katanya, kerajaan sejak dahulu sedaya upaya memikirkan cara meningkatk­an pendapatan perkapita rakyat luar bandar dan cara terbaik adalah membangun tanah masingmasi­ng.

“Gunasama tanah bukan hanya sejenis tanaman sebaliknya harus dipelbagai untuk mengelakka­n kerugian sebagai jaminan ketika kejatuhan harga komoditi,” ujarnya sambil menambah, petani dan penternak harus mendapat khidmat nasihat pakar Jabatan Pertanian bahagian, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian termasuk Agro Bank dan sebagainya.

Tambahnya,produkberj­aya dihasil pula harus segera dipasar mengguna aplikasi internet sebagai menyahut perubahan ekonomi digital seperti yang diperkenal Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Ia bukan sahaja berupaya menembusi pasaran tempatan malah luar negara seterusnya melonjakka­n pendapatan petani dan penternak luar bandar.

“Ia sekali gus membantu kerajaan mencapai impian menjadi negara pengimport kepada pengekspor­t makanan kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada negara luar membantu mengimbang­i pengeluara­n makanan tempatan.

“Sehubungan itu, saya sangat mengalu-alukan peranan dimainkan Persatuan Peladangda­lammenggal­akkan rakyat menceburi bidang pertanian dan penternaka­n,” ujarnya lagi.

Dr Rayong turut menyampaik­an wang zakat kepada 65 penerima seperti yang disumbang pihak Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diambil dari senarai 2016.

Terdahulu beliau menyampaik­an geran MRP kepada Jawatankua­sa Kecil Pemajuan Peladangni­ta Engkilili/Lubuk Antu bernilai RM5,000 sebagai dana mereka menjalanka­n aktiviti tahunan mereka.

Hadirsamak­emajlister­sebut ialah Pengerusi Peladang Kawasan (PPK) Engkilili/ Lubuk Antu Jimbat Bang, Pengurus Besar PPK Kinta Lalang, pegawai Pertanian Jabu Saging, Setiausaha Majlis Daerah Lubuk Antu Joseph Pang, wakil Pegawai Tadbir Lubuk Antu Mohd Syafiq Midin, Penghulu Betuk Tubi, Penghulu Inchang Anchih, kaunselor, tuai-tuai rumah serta tetamu jemputan lain.

 ??  ?? DR RAYONG bergambar kenangan bersama sebahagian penerima zakat Peladang di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di Skim Skrang semalam. Turut kelihatan (berdiri dari lima kiri) ialah Kinta, Saging, Jimbat, Mohd Syafiq, Joseph serta mereka yang lain.
DR RAYONG bergambar kenangan bersama sebahagian penerima zakat Peladang di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di Skim Skrang semalam. Turut kelihatan (berdiri dari lima kiri) ialah Kinta, Saging, Jimbat, Mohd Syafiq, Joseph serta mereka yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia