Utusan Borneo (Sabah)

Lundu berpotensi jadi destinasi sukan pelanconga­n permotoran

-

KUCHING: Lundu memiliki potensi untuk dijadikan destinasi sukan pelanconga­n pemotoran dalam kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi seluruh negeri Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, penubuhan pertubuhan seperti Gading Lundu Sematan Riders dilancarka­n semalam turut menyokong serta menggerak matlamat menjadikan kawasan itu sebagai pusat pertemuan peminat sukan permotoran pada masa akan datang.

Jamilah juga penaung Pesta Lundu, turut melahirkan harapan agar persatuan itu dapat menarik kerjasama kelab peminat motosikal berkuasa tinggi lain dalam penganjura­n sukan permotoran. “Semua ahli Gading Lundu Sematan Riders diharap dapat bekerjasam­a dengan kelab motosikal berkuasa tinggi dalam menganjurk­an program berkaitan sukan permotoran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa serta Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena penganjura­n Pesta Lundu 2017, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Awang Putrayusri Awang Redwan dan Pengarah JabatanKes­elamatanJa­lanRaya (JKJR), Davina Agnes Enteli. Jamilah berkata, pihaknya akan memberi sokongan aktiviti program bermanfaat yang dianjurkan Gading Lundu Sematan Riders pada masa akan datang.

“Dengan penubuhan kelab ini secara langsung dapat menekankan aktiviti kepada semua ahli yang terlibat,” katanya. Seramai 50 ahli Gading Lundu Sematan Riders menghadiri Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa. Pada majlis tersebut Pengarah JKJR Sarawak, Davina Agnes Enteli memberi taklimat keselamata­n jalan raya kepada peserta.

Antara aktiviti diadakan simulasi tatacara menangani situasi kemalangan, tindakan susulan kepada mangsa kemalangan, takilmat undang-undang jalan raya dan demonstras­i pengendali­an motosikal wakil Persatuan Marshall Sarawak dan Pegawai Perubatan Daerah Lundu.

 ??  ?? JAMILAHmer­akamkanken­angandidep­ansebuahmo­tosikal berkuasa tinggi pada Majlis Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa dan Majlis Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena berlangsun­g Pesta Lundu 2017.
JAMILAHmer­akamkanken­angandidep­ansebuahmo­tosikal berkuasa tinggi pada Majlis Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa dan Majlis Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena berlangsun­g Pesta Lundu 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia