Utusan Borneo (Sabah)

BDA mohon pemilik premis kibar bendera hingga 16 September

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memohon kerjasama semua pihak terutamany­a pemilik dan penyewa premis perniagaan di sini mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di premis masing-masing sehingga 16 September ini.

Pengurus Kanan (Perkhidmat­an Perbandara­n), Abdul Wahab Hashim Bujang berkata sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini bermula pada 19 Ogos hingga 16 September.

“Kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri adalah memeriahka­n sambutan hari kebangsaan.

“Bendera Jalur Gemilang hendaklah diberi keutamaan dan diletakkan di sebelah kiri jika dilihat dari hadapan bangunan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, sokongan dan kerjasama semua pihak menjayakan usaha itu amatlah dihargai.

Dalam pada itu, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri berpusat di Bintulu dengan acara utamanya melibatkan Majlis Kesyukuran di Masjid Assyakirin bermula jam 5.30 petang pada 30 Ogos ini.

Ia bakal dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta menteri-menteri kabinet negeri.

Pada hari sama sebelah malamnya turut diadakan Konsert Rakyat Ambang Merdeka di Dataran Esplaned Bintulu bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Konsert itu dijayakan artis-artis tempatan turut menempatka­n gerai-gerai jualan usahawan. Acara berakhir pada malam itu dengan pertunjuka­n bunga api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia