Utusan Borneo (Sabah)

PRU: PBB dijangka kemuka muka baharu lebih muda

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengemukak­an beberapa muka baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ketua Menteri juga Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, ia sekali gus memberi peluang kepada ahli PBB lain terutama lebih muda.

“Seperti semua sedia maklum bahawa sudah menjadi budaya dalam PBB bahawa ada di kalangan panyandang kita mahu bersara dan mereka memberi laluan kepada ahli lain.

“Ini pasti memerlukan parti mencari pengganti kerana kita sudah pasti mahu mempersiap ahli muda dalam parti,” katanya.

Jelas Ketua Menteri lagi, ada beberapa daripada penyandang sedia ada mennyataka­n hasrat mengundur diri dan salah seorangnya Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang turut dihadiri dua Pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di ibu pejabat PBB di sini, pada Sabtu.

Selain Uggah, sebelum ini antara penyandang kerusi PBB yang telah menyatakan hasrat mengundur diri, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Seri Dr James Dawos.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, hasrat mengundur diri itu disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinka­n beliau untuk meneruskan karier politiknya.

Sementara itu mengulas lanjut, Abang Johari juga Pengerusi BN Negeri memberitah­u, parti sehingga kini masih melakukan proses penilaian di peringkat akar umbi mengenai calonnya pada PRU sebelum dikemukaka­n kepadaPerd­anaMenteri­Datuk Seri Najib Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia