Utusan Borneo (Sabah)

Pak Nil disambut meriah ratusan kanak-kanak Kem Perancanga­n Kewangan ASNB

-

SIBU: Kemunculan pengacara dan pelakon terkenal tanah air Dato Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil di Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak mendapat sambutan meriah lebih 250 peserta kanak-kanak yang menyertai kem berkenaan di Dewan Kompleks Islam Sibu, pada Sabtu.

Sebaik sahaja menjejak kaki di atas pentas, Pak Nil terus menerima teriakan dan tepukan gemuruh yang tidak berhenti daripada kanak-kanak dan peminatnya di dalam dewan tersebut.

Kehadiran Pak Nil pada kem itu adalah bagi mengendali­kan sesi ‘Ceria Bersama Pak Nil’ menerusi seminar ‘Saya Bakal Pelabur Bijak’ yang merupakan salah satu daripada tiga program yang diadakan dalam Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-Kanak anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Terkenal dengan sikap yang mesra dan mudah didekati, menyebabka­n kanak-kanak berasa teruja kerana dapat bersua muka dan beramah mesra dengan beliau sepanjang sesi berkenaan.

Semasa sesi itu, Pak Nil berkongsi pengalaman dan nasihat bagaimana peserta terutama kanak-kanak boleh mengurus wang dengan bijak untuk masa depan mereka.

Beliau turut berkongsi tip-tip dan perancanga­n kewangan yang harus diambil oleh para peserta apabila mempunyai lebihan wang saku dari belanja sekolah ataupun dari ibu bapa.

Beliau berkata, antara perancanga­n kewangan yang terbaik adalah dengan menyimpan di dalam unit ASNB yang memberi banyak faedah dan manfaat kepada penyimpan untuk masa depan.

Menerusi kenyataan media yang diberikan, kem tersebut dianjurkan khusus untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun untuk mendidik peserta tentang nilai wang, kepentinga­n menabung dan juga melabur.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB Mohammad Hussin berkata menerusi kem berkenaan, ASNB menumpu kepada kanak-kanak kerana pendedahan awal amat penting untuk mempengaru­hi sikap, pandangan dan pemahaman mereka mengenai wang dan nilai.

Beliau berkata, matlamatny­a adalah untuk membantu kanakkanak memahami kelebihan mengurus wang dengan bijak dan seterusnya menjadikan sebagai amalan menerusi sikap berjimat cermat dan menabung.

Menurut Mohammad, kem ini dianjurkan sebanyak lima kali tahun ini iaitu di Shah Alam, Sibu, Seremban, Tawau dan Kuala Lumpur.

 ??  ?? PAK NIL semasa menemu ramah salah seorang peserta kem tersebut.
PAK NIL semasa menemu ramah salah seorang peserta kem tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia