Utusan Borneo (Sabah)

Khairul Hafiz Jantan berehat sebulan untuk proses pemulihan kecederaan

-

KUALA LUMPUR: Raja pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan akan berehat selama sebulan dalam proses pemulihan kecederaan otot pahanya (hamstring).

Jurulatihn­ya Mohd Poad Md Kassim berkata, Khairul Hafiz yang sedang menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), hanya boleh kembali berlari anak dalam masa dua minggu lagi.

“Khairul dah buat pemeriksaa­n di ISN hari ini dan akan memulakan rawatan bermula esok. Tahap kecederaan­nya adalah sederhana, iaitu tahap kedua. Beliau dah boleh jalan sekarang seperti biasa tanpa rasa sakit,” katanya kepada Bernama.

Atlet berusia 19 tahun itu dijangka menjalani rawatan di ISN sehingga Khamis sebelum pulang berehat di rumahnya, di Melaka dan kembali menjalani rawatan susulan sebelum melaporkan diri di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor untuk menyambung pengajian praunivers­itinya.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk meraih pingat emas acara 100m lelaki Sukan SEA apabila menewaskan juara bertahan Eric Cray dari Fili[pina dengan catatan masa 10.38s, selepas kali terakhir dimenangi oleh Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.

Namun, Khairul Hafiz hanya di tempat keempat acara 200m dengan catatan masa 21.28s pada Rabu lepas, selepas sehari menggunggu­li acara 100m , akibat kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam acara 4x100m pada hari seterusnya.

Mohd Poad berkata pemilik rekod kebangsaan acara 100m dan 200m dengan catatan masa 10.18s dan 20.90s itu, seterusnya akan membuat persiapan untuk Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia Jakarta pada tahun depan, bergantung kepada keputusan Persekutua­n Olahraga Malaysia (MAF).

“Kalau MAF nak hantar dia pergi ke Sukan Komanwel pada April depan, kita akan memulakan persediaan ke arah itu,” katanya. -Bernama

 ??  ?? RAIH EMAS: Pelumba basikal negara, Irwandie Lakasek meraikan kejayaan mendapat pingat emas dalam acara scratch lelaki Sukan Sea 2017 di Velodrom Nasional pada Ahad. -Gambar Bernama
RAIH EMAS: Pelumba basikal negara, Irwandie Lakasek meraikan kejayaan mendapat pingat emas dalam acara scratch lelaki Sukan Sea 2017 di Velodrom Nasional pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia