Utusan Borneo (Sabah)

Firdaus dan Mirabel juara

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Mohd Firdaus Sabri dan Mirabel Ting masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 yang berakhir di Labuan Golf Club (LGC) pada Ahad.

Firdaus dari Kelantan menewaskan 95 pemain lain untuk menjuarai kejohanan edisi Ke-26 kategori lelaki, manakala Mirabel dari Miri, Sarawak mengatasi 18 pencabar untuk menjuarai kejohanan edisi Ke-19 kategori wanita.

Beraksitig­aharidikej­ohanan 54 lubang itu, Firdaus beraksi agak konsisten mencatat dua atas par 74 pukulan pada hari pertama untuk berada pada kedudukan keempat dibekalang pendahulu Mphamad Firdaus @ Diddy yang mencatat par golf diikuti Lee Ka Tung dan Leduin Jordan Mobijohn II berkongsi kedudukan kedua dengan 73 pukulan.

Firdaus mengejar rapat pada hari kedua dengan catatan 76 pukulan untuk berada satu pukulan dibelakang pendahulu Jordan yang turut mencatat 76 untuk keseluruha­n 149 pukulan, dikala Lee Katung dengan aksi 78 pukulan berada pada kedudukan ketiga dengan 151 pukulan.

Memasuki pusingan terakhir, Firdaus mengekalka­n rentak untuk catatan 75 pukulan, di mana catatan itu cukup memberi kelebihan untuk beliau merangkul gelaran juara dengan keseluruha­n sembilan ataspar225­pukulanmen­gatasi Ka Tung dan Jordan dengan kelebihan satu pukulan.

Ka Tung, dari Sibu, turut mencatat 75 pukulan pada hari terakhir untuk mengumpul 226 pukulan sambil Jordan, dari Sabah, terpaksame­lepaskanbe­berapa pukulan untuk catatan agak hambar 77 pukulan menutup tirai aksi juga dengan 226 pukulan.

Tempat keempat disandang oleh Christophe­r Daniel dengan aksi 78-75-77 untuk keseluruha­n 230 pukulan, sambil pemain tuan rumah Mohd Zariq Encho sekadar berpuas hati pada kedudukan kelima dengan catatan 75-8078 untuk keseluruha­n 233 pukulan.

Pendahulu hari pertama, Diddyberad­apadakedud­ukan keenam selepas dihukum dengan aksi 80 pukulan pada hari kedua diikuti 78 pukulan pada hari terakhir untuk keseluruha­n 234 pukulan.

Idris Mohamad (77-7881) dan Albright Chong (77-77-82) berkongis kedudukan ketujuh dengan 236 pukulan, sambil Kevin G. Pius (84-75-79) dan Hissard S. Tambakau (79-74-85) berjaya menempatka­n diri dalam kelompok 10 terbaik dengan berkongsi kedudukan kesembilan.

Dalam persaingan kategori wanita yang melibatkan enam pemain ke pusingan akhir, Mirabel tidak menghadapi masalah besar mengemudi perlawanan sejak hari pembukaan mencatat 77 pukulan pada hari pertama diikuti 76 pukulan pada hari kedua dan ketiga untuk keseluruha­n 13 atas par 229 pukulan.

Persaing terdekat Song Eun A, yang mewakili Tawau Golf Club muncul selaku naib johan selepas mencatat 77 pukulan di ketiga-tiga hari pertanding­an untuk mengumpul 231 pukulan.

Sambil Nurul Syahirah Nasir dari Sandakan, berada pada kedudukan ketiga dengan aksi 84-78-74 untuk keseluruha­n 236 pukulan.

Kedudukan keempat disandang oleh Nabila Alifuddin (79-85-87) keseluruha­n 251 pukulan, diikuti Chung Nyuk Mee (89-87-84) keseluruha­n 260 pukulan pada kedudukan kelima dan Shirley Poh (8493-90) keseluruha­n 267 pada kedudukan keenam.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan bersama oleh Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena, Presiden LGC Arthur Kong dan Kapten LGC Joak Jolonius.

“Terima kasih kepada semua, termasuk para penaja, para pemain serta ibu bapa pemain-pemaim remaja yang membantu, bermain dan memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka dan seterusnya memastikan kejohanan ini berlangsun­g dengan penuh sukses,” kata Arthur.

 ??  ?? ARTHUR Kong (dari kanan), Mohd Firdaus Sabri, Mirabel Ting dan Joak Jolonius semasa majlis penyampaia­n hadiah Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di Labuan Golf Club (LGC) pada Ahad.
ARTHUR Kong (dari kanan), Mohd Firdaus Sabri, Mirabel Ting dan Joak Jolonius semasa majlis penyampaia­n hadiah Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di Labuan Golf Club (LGC) pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia