Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia pertahan emas bola keranjang wanita

-

KUALA LUMPUR: Skuad bola keranjang wanita negara mempamerka­n aksi memukau untuk meraih pingat emas dengan menundukka­n Thailand 65-60 pada aksi di Stadium MABA, semalam.

Anak buah Yoong Sze Yuin yang belum pernah tewas dalam lima perlawanan sebelum ini memulakan permainan dengan sedikit perlahan dan ketinggala­n 12-26 pada suku pertama.

Kembali memperbaik­i rentak permainan, skuad negara berjaya mengurangk­an jurang mata di suku kedua dengan 35-39 sebelum memasuki bilik persalinan selepas babak pertama perlawanan.

Bermula suku ketiga, barisan pemain negara yang diketuai Nur Izzati Yaakob mula menunjukka­n taring apabila berjaya mendahului 51-49.

Suku keempat berlangsun­g dengan penuh berdebar apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun Malaysia lebih cemerlang untuk menewaskan Thailand 65-60.

Untuk rekod, kemenangan ini merupakan pingat emas ke-14 skuad bola keranjang sepanjang Sukan SEA yang mula dipertandi­ngkan pada 1977.

Sementara itu, Yoong berkata beliau bangga dengan pencapaian anak didiknya yang berjaya mempertaha­nkan pingat emas di bumi sendiri.

“Mereka bermain penuh bersemanga­t pada hari ini ditambah dengan sokongan padu para penonton yang hadir di sini (Stadium MABA) melonjakka­n lagi semangat juang kami.

Hanya usaha keras dan tidak berputus asa adalah rahsia kejayaan kami mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu,” katanya selepas perlawanan itu.

Thailand terpaksa berpuas hati meraih pingat perak manakala Indonesia mengutip pingat gangsa.

Dalam pada itu, skuad lelaki negara hanya sekadar menduduki tempat kelima keseluruha­n dan gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. — Bernama

 ??  ?? NUR IZZATI (tengah) bersama rakan sepasukan bersorak gembira selepas Malaysia berjaya menumpaska­n Thailand untuk merangkul pingat emas pada perlawanan akhir acara bola tampar wanita KL2017 di Stadium MABA di Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
NUR IZZATI (tengah) bersama rakan sepasukan bersorak gembira selepas Malaysia berjaya menumpaska­n Thailand untuk merangkul pingat emas pada perlawanan akhir acara bola tampar wanita KL2017 di Stadium MABA di Kuala Lumpur. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia