Utusan Borneo (Sabah)

Gabriel balas sokongan, kepercayaa­n bapa

Berganding­an dengan Pandelela raih pingat emas acara terjun berpasukan pada Sukan SEA kali ini

-

KUALA LUMPUR: Dalam usia anak lelakinya yang baharu 16 tahun, Gilbert Daim tidak pernah terfikir anaknya sudah berupaya menyumbang­kan pingat emas untuk negara dalam Sukan SEA.

Ayah kepada pemenang emas acara terjun berpasukan Gabriel Gilbert Daim berkata beliau memberikan galakan kepada anaknya untuk terlibat dalam sukan terjun dan percaya sokongan moral yang diberikan secara berterusan telah membuatkan anaknya mampu menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Impian saya untuk melihat dia berjaya sangat tinggi tetapi tidak pernah saya membayangk­an anak saya akan membanggak­an negara dengan menang pingat emas dalam Sukan SEA kali ini,” kata Gilbert Daim, 46, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah kepada Bernama.

Gabriel yang berganding­an dengan Pandelela Rinong Pamg meraih pingat emas menerusi acara terjun berpasukan dalam saingan hari pertama acara terjun di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Mereka memungut 345.40 mata selepas tiga pusingan mengatasi Freida Lim ShenJonath­an Chan Fan dari Singapura yang meraih perak selepas mengumpul 335.55 mata, sementara Surincha Booranapol-Theerapat Siriboon dari Thailand mencatatka­n 243.90 mata untuk gangsa.

Gilbert menjelaska­n anaknya sentiasa fokus sewaktu latihan dan minat terhadap sukan terjun itu cukup terserlah.

Katanya anaknya itu lebih bersemanga­t setelah belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan telah menyertai pertanding­an sejak beberapa tahun lepas.

Beliau berkata Gabriel merupakan satu-satunya anggota keluarga yang berkecimpu­ng dalam bidang sukan.

Beliau juga berharap penerjun muda negara itu terus mengukir nama dalam bidang sukan itu dan lebih banyak menyertai kejohanan antarabang­sa. — Bernama

 ??  ?? GABRIEL (kiri) dan Pandelela menunjukka­n pingat emas ketika meraikan kemenangan­mereka di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
GABRIEL (kiri) dan Pandelela menunjukka­n pingat emas ketika meraikan kemenangan­mereka di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia