Utusan Borneo (Sabah)

Guru baharu dinasihat tidak mohon bertukar sebelum sah jawatan

-

SERDANG: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad menasihati guru baharu yang belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.

Ia kerana katanya walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.

“Kadang-kadang guru ini baru ditempatka­n selama setahun tapi sudah berkahwin. Jadi,alasandia(untukbertu­kar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatka­n bersama suami atau isteri.

“Mereka perlu mempunyai ‘mindset’ selepas tiga tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementeria­n jika semua (berfikiran) begitu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesye­n Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kementeria­n Pendidikan kelapan, di sini.

Mahdzir berkata beliau banyak menerima permohonan sedemikian daripada guruguru yang datang bertemunya secara peribadi, sama ada di pejabatnya atau di majlismajl­is yang dihadiriny­a.

Selain itu katanya, kementeria­n juga tidak dapat memenuhi semua permohonan guru untuk bertukar dan bertugas di negeri asal.

“Contohnya Kelantan. Guru yang berasal dari Kelantan dan mengajar di luar negeri itu lebih ramai daripada bilangan guru yang berkhidmat di Kelantan sendiri.

“Jadi sukar untuk mendapatka­n tempat melainkan ada guru yang bersara atau terdapat sekolah baharu yang dibangunka­n,” jelasnya. - Bernama Email: utusanborn­eokk@gmail.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia