Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 jayakan Merdeka Neon Run

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Lebih 1,000 orang telah menyertai program Merdeka Neon Run anjuran Momoy Secret Studio dengan kerjasama Rocket Event Management yang dilangsung­kan di Stadium Lahad Datu, di sini, malam Sabtu. Pengerusin­ya Mah Chean Yi @Momoy berkata program yang julukaliny­a diadakan itu telah mendapat sambutan dari seluruh daerah termasuk pemimpin dan masyarakat setempat.

Menurut beliau, meskipun pada peringkat awalnya penyertaan yang diperolehi hanya seramai 400 orang, namun pada saat akhir pendaftara­n telah menunjukka­n peningkata­n yang amat memberangs­angkan, sekaligus membuktika­n bahawa rakyat Malaysia begitu prihatin untuk menyahut cabaran dalam menyemarak­kan lagi Bulan Kemerdekaa­n menerusi acara itu.

“Sebelum ini, pihak penganjur menyasarka­n seramai 2,000 penyertaan, namun kita hanya menerima seramai 400 orang sahaja. Akan tetapi, di akhir-akhir pendaftara­n sebelum pelepasan dilakukan semalam yang disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, kita telah memperoleh­i penambahan yang amat memberangs­angkan apabila menyaksika­n kemeriahan dan kegemilang­an program dengan sinaran lampu yang berwarna-warni.

“Alhamdulil­lah, program telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatny­a. Tujuan program ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk kita mengenang jasa dan pengorbana­n pejuang terdahulu, selain membudayak­an gaya hidup sihat dalam masyarakat menerusi aktiviti larian serta mengeratka­n hubungan silatulrah­im sesama peserta,” katanya.

Mah berkata, ia juga adalah sebagai salah satu langkah bagi pihak penganjur terus mempromosi­kan Daerah Lahad Datu yang kini kian pesat membangun dan sebagai sebuah bandar yang selamat untuk dikunjungi.

“Menerusi program itu juga secara tidak langsung kita turut mencipta rekod pertama untuk larian malam bagi daerah ini, dan saya berharap penganjura­n seumpama ini akan dapat dilaksanak­an lagi di tahuntahun berikutnya dengan penyertaan yang lebih ramai serta melibatkan jarak larian yang lebih panjang,

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini, begitu juga kepada para penderma yang telah memberikan sokongan sepenuhnya untuk kita menyemarak­kan Bulan Kemerdekaa­n dengan pengisian program seumpama ini,” katanya.

Terdahulu, Iman mengalualu­kan penganjura­n Merdeka Neon Run lebih-lebih lagi apabila ia dilangsung­kan dalam Bulan Kemerdekaa­n. Ia akan dapat meningkatk­an lagi semangat serta jiwa patriotik dalam kecintaan terhadap tanah air.

Menurut beliau, majlis sambutan Hari Kebangsaan bagi peringkat Daerah Lahad Datu pada tahun ini telah dirancang dan disusun atur bermula pada 25 Ogos lalu, di mana telah dilaksanak­an program Kembara Merdeka Negaraku Malaysia peringkat daerah.

“Saya dapati program pada malam ini telah mendapat sambutanny­a tersendiri dan amat menggalakk­an. Saya turut dimaklumka­n larian adalah melibatkan jarak sejauh 8 kilometer bermula dari Stadium Lahad Datu dan seterusnya menghala ke Batu 1 Jalan Segama dan berakhir semula di stadium ini.

“Sekiranya sambutan ini begitu menggalakk­an, mungkin kita akan fikir untuk mengadakan­nya setiap tahun, tidak semestinya untuk pengisian Hari Kebangsaan sahaja tetapi mungkin satu program untuk pengisian di peringkat daerah, sepertiman­a kita dapati belia beliawanis dan pelbagai lapisan masyarakat dari generasi muda kepada generasi ibu bapa turut hadir pada malam ini,” katanya.

Sementara itu, Merdeka Neon Run terbahagi kepada empat kategori. Kategori pelajar lelaki 19 tahun ke bawah telah dimenangi oleh Mohd Erwan Amir Hamja yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 dan medal, tempat kedua Sharul Salleh (RM150 & medal), ketiga Abid Assim (RM100 & medal) manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM50 dan medal.

Bagi kategori pelajar wanita 19 tahun ke bawah yang turut menerima jumlah hadiah wang tunai dan medal yang sama, johan dimenangi oleh Kezia Sim Kui Ting, naib johan Andrea Lonsing dan ketiga Nurul Fatin Hamizah.

Sementara bagi kategori lelaki dan wanita terbuka, para pemenang turut menerima RM500 (johan), RM300 (kedua) RM200 (ketiga) dan RM100 bagi tempat keempat sehingga kesepuluh.

Johan bagi kategori lelaki terbuka dimenangi oleh Romi Romantis, tempat kedua Saiful Mohd dan ketiga Khairul Aznan manakala bagi kategori wanita, johan ialah Hyenie Roslin, tempat kedua Febe Sim Kui Yen dan ketiga Christine Donald.

 ??  ?? ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian dalam program itu.
ANTARA peserta yang berjaya menamatkan larian dalam program itu.
 ??  ?? BARISAN penganjur turut tidak melepaskan peluang merakamkan album kenangan.
BARISAN penganjur turut tidak melepaskan peluang merakamkan album kenangan.
 ??  ?? MAH (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Iman (tiga kanan).
MAH (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Iman (tiga kanan).
 ??  ?? IMAN melakukan pelepasan peserta Merdeka Neon Run 2017.
IMAN melakukan pelepasan peserta Merdeka Neon Run 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia