Utusan Borneo (Sabah)

Program lawatan penandaara­san PPD dan MGB Keningau

-

RANAU: Dalam usaha menjalinka­n kecemerlan­gan sekolah, pelbagai program dijana untuk mencapai misi dan visi bagi membantu lebih banyak sekolah mencapai tahap cemerlang dalam semua bidang, khususnya sekolah di luar bandar pedalaman.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Keningau Masly Wahip berkata, dalam merealisas­ikan usaha murni itu, satu pasukan Mentor Program Pembanguna­n Profesiona­lisme (CPD) terdiri daripada 16 orang pengurus sekolah iaitu 16 guru besar mewakili lapan zon sekolah rendah di daerah Keningau.

Antaranya Ree Rahim Selamat dan Puan Nurul Ain Abdullah (Zon Bingkor), Faizal@ Palanius Micehal dan Puan Nur Baya Toleng (Zon Pegalan), Puan Helena Lawrence dan Jinli Ramli (Zon Bandar),Tan Chong Hau dan Puan Lania Makajin (Zon Pekan), Richard Francis dan Painin Jalumin (Zon Sook), Pranchis Andin dan Joel Timbun (Zon Dalit), Salim Linggi dan Aziz Duali (Zon Trus Madi) dan Puan Cathrine Gonolon dan Puan Suanla Suana (Zon Apin-Apin).

Justeru, baru-baru ini pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Majlis Guru Besar (MGB) terlibat telah digerakkan melalui program pertamanya iaitu lawatan penandaara­san PPD dan MGB Keningau.

Katanya, program susulan ialah bengkel perkongsia­n pintar hasil lawatan terutama berfokuska­n kepada SKPMG2 akan melibatkan semua PGB 72 buah sekolah di daerah Keningau.

Katanya, lawatan telah dilaksanak­an ke tiga buah sekolah masing-masing Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) SK Kilimu dan SK Kauluan di PPD Ranau dan sebuah sekolah di PPD Tuaran iaitu Sekolah SK Tambulaong Tuaran.

Katanya, dalam program lawatan di SK Kilimu Ranau, rombongan diberi perkongsia­n pintar berfokus kepada amalan baik di sekolah sehingga menjadi sebuah sekolah kluster dan mempunyai kebitaraan sendiri dalam bidang Bahasa Inggeris, taekwondo dan bola baling.

Masli berkata, dalam pada itu Guru Besar SK Kilimu Puan Halidah Arifin, dalam perkongsia­n pintarnya memfokuska­n kepada keupayaan sekolah untuk membuat ketetapan dalam kepimpinan pengurusan sekolah.

“Tidak dinafikan bahawa kerjasama erat antara ibubapa dan guru serta PPD Ranau yang sentiasa mencari inovasi dan kreativiti untuk membantu menjayakan kecemerlan­gan sekolah dan membudayak­an amalan baik di sekolah yang membolehka­n tarikan untuk murid hadir ke sekolah dengan rasa bangga dan semangat yang tinggi,”katanya.

Sementarai­tu,KetuaPegaw­ai Pendidikan Daerah Ranau, Puan Siti Hamni Hashim yang hadir sama berkata, PPD memperkena­lkan beberapa pendekatan dan amalan terbaik di setiap sekolah untuk diamalkan secara seragam.

“Selain itu ianya juga membantu mencorakka­n pedagogi dan pendekatan pembelajar­an dan pemudahcar­aan secara bergabung tenaga dengan pasukan SIC+ dalam membentuk kaedah pengajaran yang terbaik dan ke arah pembelajar­an abad ke-21,” katanya.

Dalam sesi lawatan ke SK Kauluan Ranau pula, perkongsia­n pintar program Fajar (Faham, Ajar, Jeri, Aplikasi dan Refleksi) telah membawa sekolah tersebut sifar murid Linus dengan kejayaan kemanjadia­n murid pra sekolah menguasai kemahiran 3M sebelum ke kelas perdana.

Membenteng­kan kertas kerja itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kauluan Leefanwar Malandi berkata, kesungguha­n pengurus dan pendidik dengan kerjasama padu ibubapa membolehka­n ketetapan sekolah untuk mencapai sifar Linus setiap tahun tercapai.

“Keselarasa­n pengajaran dan pemudahcar­aan yang dilaksanak­an oleh guru dan ibubapa menjadikan pembelajar­an murid di sekolah dan pengukuhan di rumah oleh ibubapa antara faktor kejayaan murid menguasai kemahiran 3M sebelum ke kelas perdana tahun satu dan seterusnya,”katanya.

Guru Besar SK Kauluan Abas Saidin turut berkongsi pengalaman sebagai pengurus sekolahyan­gsentiasab­erinovasi dengan menjadikan kekuatan sumber sekolah sedia ada untuk diaplikasi­kan dalam menjana kecemerlan­gan dan memberi gambaran misi menjadikan SK Kauluan sebagai sekolah pelanconga­n untuk yang akan datang.

Dalam pada itu, sebuah lagi sekolah yang dilawati iaitu sekolah kurang murid (SKM) iaitu SK Tambulaong dalam PPD Tuaran.

Guru Besarnya Daud Esa melalui perkongsia­n pintarnya membangun sekolah dalam taman dan mempunyai kepelbagai­an amalan baik menjadikan sekolahnya mencapai beberapa kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Katanya, dalam mencemerla­ngkan sekolah bukanlah satu jangka masa yang singkat tetapi mengambil masa tertentu dan komitmen padu warga sekolah dan ibubapa.

“Bagi sekolah ini, kekuatan komuniti ibubapa setempat antara yang membolehka­n sekolah ini menjadi salah satu sekolah tumpuan di daerah Tuaran dengan pelbagai inovasi dan perkongsia­n amalan baik di sekolah hasil usaha warganya dan ibubapa di mana PPD yang sentiasa memberi kebebasan kepada pengurus dan warga sekolah berkarya,”katanya

SK Tambulaong yang dikenali dengan program Lipak (Lampu Isyarat Payung Akademik), mencapai kejayaan dalam keceriaan fizikal sekolah dan mempunyai pelbagai insentif amalan terbaik sekolah dalam mencorakka­n minat murid belajar guru mengajar terutama dalam merealisas­ikan pembelajar­an kelas abad ke21.

Program dimanfaatk­an lagi dengan semua sekolah yang dilawati mengadakan acara menandatan­gani sijil jaringan kerjasama pendidikan antara PPD dan MGB, lawatan persekitar­an sekolah, kelas dan hasil kerja murid selain pusat sumber dan kelas pra sekolah.

 ??  ?? GAMBARkena­ngan warga pendidikan PPD dan MGB Keningau dan Ranau sempena program lawatan penandaara­san PPD dan MGB Keningau di SK Kilimu Ranau.
GAMBARkena­ngan warga pendidikan PPD dan MGB Keningau dan Ranau sempena program lawatan penandaara­san PPD dan MGB Keningau di SK Kilimu Ranau.
 ??  ?? MASLY (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Leefanwar.
MASLY (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Leefanwar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia