Utusan Borneo (Sabah)

SPRM akan tubuh jawatankua­sa khas siasat isu Ladang Gatco

-

JEMPOL: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu jawatankua­sa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah yangdahulu­nyadikenal­isebagai Ladang Gatco, berkenaan isu penjualan tanah ladang berkenaan.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata jawatankua­sa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan yang dibuat Badan Bertindak Peneroka Gatco, namun akan mengambil masa memandangk­ang perkara tersebut berlaku 40 tahun lalu.

“...jika ada asas, (SPRM) akan ambil tindakan seterusnya untuk memastikan hak rakyat dan penduduk Gatco terbela,” katanya selepas bertemu dan mendengar sendiri keluhan penduduk kampung tersebut, di sini pada Ahad.

Lawatan itu susulan aduan yang dibuat badan bertindak penduduk kepada SPRM pada Rabu lepas. Hadir sama Pengerusi MIC Jelebu R. Ravi yang juga Pengerusi MIC Cawangan Kampung Serampang Indah.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata walaupun isu Ladang Gatco pernah dibawa ke mahkamah atas kes sivil, perkara itu tidak menghalang siasatan SPRM yang meneliti pada aspek rasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan.

“Saya mahu SPRM menjadi badan pencegahan rasuah dan agensi rakyat yang akan bertindak untuk rakyat tidak kira bangsa dan agama.

“Kalau sekiranya hak-hak rakyat diceroboh dan dikhianati oleh orang yang tamak dengan salah guna kuasa, SPRM akan bertindak,” katanya.

Terdahulu, Ravi menyerahka­n lebih 150 dokumen melibatkan urusan jual beli tanah di Ladang Gatco dan aduan setebal tujuh muka surat kepada Dzulkifli.

Antara lain badan bertindak penduduk kampung itu mendakwa terdapat penyelewen­gan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangk­an syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah sekitar RM500 juta.

Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabka­n ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioner­s Trading Corporatio­n Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan tersebut sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabka­n projek itu terbengkal­ai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia