Utusan Borneo (Sabah)

Jangan harap perpecahan pembangkan­g untuk menang

-

PEKAN: Umno tidak boleh berharap kepada perpecahan dalaman pembangkan­g untuk menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata anggota Umno perlu mengukuhka­n perpaduan dan memastikan semua permasalah­an rakyat serta tohmahan yang dilemparka­n pembangkan­g dijawab dengan baik demi kesinambun­gan pemerintah­an Barisan Nasional (BN).

“Kalau pembangkan­g nak berpecah, itu hal dia dan kita tak usah peduli. Kerja kita adalah untuk kukuhkan parti dan bantu golongan yang perlu kita tolong tidak kira siapa... orang susah, orang muda yang hendak pekerjaan, ibu tunggal dan banyak lagi.

Mereka di peringkat akar umbi pula perlu bantu jawab isu-isu atau tohmahan di kedai kopi dan sebagainya. Sekarang zaman dunia kelam kelibut... sudah tiada rasa hormat pada orang tua dan pemimpin.

Benda bohong jadi betul dan benda yang tak betul orang boleh percaya. Ini zaman yang kita kena hadapi sekarang,” katanya semasa berucap pada persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pada Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Ketua Bahagian Umno Pekan merasmikan persidanga­n itu.

Adnan juga berkata jentera Umno Pahang sudah berada dalam keadaan siap siaga dan hanya menunggu perdana menteri memukul gendang pilihan raya untuk mereka merancakka­n kerja menuju ke arah kemenangan.

“Kitajugake­naadamenta­liti kemenangan, kena yakin dengan perjuangan. Kalau semuanya kita jawab entahlah atau susahlah, payahlah kita nak menjalanka­n tugas macam mana nak menang pilihan raya.

Kita kena ingat kenapa kita masuk parti. Sebab kita hendak berada dan berjuang menegakkan satu jentera yang boleh membina dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia