Utusan Borneo (Sabah)

Persaraan Jonuring diraikan

Bersara pada usia 60 tahun selepas berkhidmat lebih 35 tahun

- Oleh SALMAN ABADI

S

EORANG kakitangan bukan mengajar (KTBM) yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Parapat Darat Kudat, Jonuring Atajau, 60, yang bersara pada 15 Ogos 2017 menerima kejutan apabila diraikan dalam ‘Majlis Persaraan’ yang dianjurkan secara gilang-gemilang oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Majlis itu merupakan satu penghargaa­n yang paling bermakna dalam hidup beliau setelah berkhidmat selama 35 tahun tujuh bulan, bermula 4 Januari 1982 hingga 15 Ogos 2017.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SK Parapat Darat (SKPD) bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang, beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang bertugas sebagai pembantu tadbir di beberapa sekolah.

Jonuring yang berasal dari Kampung Kumbatang, Kudat, turut menceritak­an pelbagai bentuk dan jurang perbezaan dahulu dan sekarang serta pelbagai cabaran sepanjang tempoh bertugas di beberapa sekolah di daerah Kudat.

Berucap pada majlis itu, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak, khasnya guru besar, guruguru dan KTBM serta PIBG SK Parapat Darat kerana menganjurk­an majlis itu yang amat bermakna dalam memori kehidupann­ya.

Beliau juga melahirkan rasa terharu kerana majlis itu bukan sahaja dihadiri warga sekolah SK Parapat Darat, malah turut dihadiri sendiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kudat Sh Azad Sh Attar, Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kudat Asung Japril, sebahagian guru besar serta rakan-rakan seperjuang­an.

Pada kesempatan itu, beliau turut memberikan galakan kepada rakan-rakan sekerja agar terus bersedia menerima perubahan dan menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan sebaik mungkin.

“Sebagai seorang penjawat awam, kita hendaklah bersedia dengan arus perubahan dan rela bertransfo­rmasi dalam bidang yang diceburi bagi mempastika­n organisasi sentiasa kompeten dan berjaya berfungsi,” katanya.

Yang Dipertua PIBG SK Parapat Darat Jolius Bidin turut menyampaik­an penghargaa­n mewakili pihak persatuan kepada Jonuring yang merupakan salah seorang ahli PIBG dan memegang jawatan sebagai bendahari kehormat selama beberapa musim.

Menurut beliau, komitmen yang ditunjukka­n oleh Jonuring kepada persatuan adalah sesuatu yang patut dicontohi oleh ahli lain kerana tanggungja­wab yang dipikul sentiasa berlandask­an pada slogan ‘Saya yang menurut perintah’.

Sementara itu, Guru Besar SK Parapat Darat Suahib Haji Onggong dalam ucapannya berharap walaupun Jonuring telah bersara, namun tetap sihat dan dapat terus berkhidmat kepada masyarakat serta terus memberi sokongan padu kepada sekolah.

“Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kehadiran semua tetamu jemputan yang meluangkan masa bagi memeriahka­n majlis yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Antara tetamu yang hadir ialah YDP Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kudat Asung Japril (Guru Besar SK Pekan 2, Kudat), Pegawai Angkat Sekolah (Fatimah), Pembantu Pegawai Penyelaras Unit PIBK-PIBG Daerah Kudat Ummi Maisarah, Pengerusi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Daerah Kudat Mustafah Kamal serta guruguru besar dari Zon Parapat dan Zon Matunggong.

“Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas, namun demi memberi sokongan yang kuat dan rasa penghargaa­n terhadap persaraan kakitangan pendidikan, masih dapat meluangkan masa dan ruang untuk menghadiri majlis bersejarah ini,” kata Suahib.

Beliau berkata, majlis kejutan itu telah dirancang seawal tiga bulan sebelumnya.

“Inilah tanda penghargaa­n pihak sekolah SK Parapat Darat kepada kakitangan­nya dan semoga ini dapat menjadi inspirasi kepada mana-mana pihak khususnya sekolah untuk menghargai kakitangan yang bersara,” katanya.

Majlis itu turut mengetenga­hkan pelbagai persembaha­n menarik bagi menyerikan majlis seperti persembaha­n kumpulan SKPD Buskers, Teguh dan Senandung Malam.

Suahib berkata, majlis seumpamany­a bukan sahaja menzahirka­n penghargaa­n kepada kakitangan yang bersara, tetapi juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara kakitangan atau warga pendidikan di daerah Kudat.

“Saya bangga mempunyai barisan kakitangan yang sering bekerjasam­a dengan padu di sekolah ini, begitu juga dengan semua ahli jawatankua­sa PIBG dan warga sekolah lainnya.

“Kerjasama sepasukan ini diharap terus dikekalkan dalam apapun aktiviti akan datang yang telah dirancang pihak sekolah seperti Majlis Makan Amal PIBG, Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan sebagainya,” katanya.

Menyentuh sikap dan komitmen Jonuring sepanjang bertugas di bawah seliaan pentadbira­n sekolah itu, beliau telah banyak menabur bakti kepada sekolah dan daripada idea dan tenaga beliaulah maka wujudnya pondok bacaan, kolam ikan dan Dewan Terbuka di SK Parapat Darat.

Suahib menjelaska­n, Jonuring sentiasa menerapkan sikap yang baik dan menjadi contoh kerana beliau tidak pernah menidakkan arahan tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Sebaliknya, semua tugas yang diberikan akan diusahakan dan dilaksanak­an sebaik mungkin sehingga benar-benar berjaya dari segi eviden dan kewujudan.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Sh Azad yang walaupun terikat dengan jadual yang padat, namun tetap hadir sekali gus memberikan sokongan kepada majlis itu.

Malah beliau (Sh Azad) turut menyeru dan menggalakk­an sekolah lain di Kudat agar mencontohi usaha pihak SK Parapat Darat yang mengupayak­an pelaksanaa­n majlis itu.

Beliau memuji penganjura­n majlis seumpamany­a sambil merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jonuring yang telah berjaya menyumbang­kan khidmat bakti sepanjang bergelar sebagai penjawat awam yang baik untuk kejayaan organisasi pendidikan di daerah itu.

Pada kesempatan itu juga, Suahib berharap prestasi Daerah Kudat khususnya dalam akademik seperti UPSR dapat ditingkatk­an setanding dengan sekolah atau daerah lain di Sabah dan juga di peringkat kebangsaan.

Sambutan Majlis Persaraan itu turut dimeriahka­n dengan paluan kompang dan perarakan mengiringi pesara menuju ke ruang khas yang direka khas secara kreatif oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SK Parapat Darat Marianah Haji Akil.

Begitu juga dengan persembaha­n tayangan media slaid biodata dan sejarah perkhidmat­an Jonuring yang disediakan khas oleh Cikgu Fraser Masandan.

Majlis itu juga diserikan dengan acara memotong kek sempena hari lahir Jonuring yang ke-60 tahun dan majlis turut dihadiri isterinya, Selly Itam.

Pelbagai cenderahat­i dan sijil penghargaa­n disampaika­n kepada beliau sebagai pesara yang diraikan.

Perasaan terharu menyelubun­gi suasana seketika apabila menyaksika­n Jonuring mencatat nama pada ‘Buku Kehadiran Bertugas’ buat kali terakhir sebagai KTBM sambil diperhatik­an oleh PPD Kudat dan semua warga pendidikan serta para tetamu.

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalk­an belang, manusia mati meninggalk­an nama.

Justeru, sebagai kakitangan awam, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita ingin mencurahka­n khidmat bakti yang terbaik untuk organisasi, masyarakat dan negara.

Walau bagaimanap­un, usia 60 tahun adalah tempoh yang telah ditetapkan untuk bersara wajib bagi semua penjawat awam.

Syukur dan tahniah kepada Jonuring yang dapat mencurahka­n bakti sehingga tempoh bersara.

Segala jasa yang dicurahkan pasti dikenang, budi yang ditabur pasti disanjung selamanya.

Kepada Jonuring yang telah berkhidmat selama lebih 35 tahun, seluruh warga pendidikan di daerah Kudat amnya dan warga SK Parapat Darat khususnya, mengucapka­n ‘Selamat Bersara’ dan semoga terus diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudah­kan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan selepas persaraan.

 ??  ?? JONURING (belakang, lapan dari kiri) bersama warga SK Parapat Darat (depan) dan para tetamu jemputan yang meraikan persaraann­ya.
JONURING (belakang, lapan dari kiri) bersama warga SK Parapat Darat (depan) dan para tetamu jemputan yang meraikan persaraann­ya.
 ??  ?? SUAHIB (tiga kiri) bersama kugiran Kumpulan Teguh diketuai Cikgu Stiklin Aiyong memulakan persembaha­n bagi menyerikan majlis itu.
SUAHIB (tiga kiri) bersama kugiran Kumpulan Teguh diketuai Cikgu Stiklin Aiyong memulakan persembaha­n bagi menyerikan majlis itu.
 ??  ?? SH AZAD diiringi Suahib (kiri) mengalungk­an selempang Selamat Bersara kepada Jonuring.
JONURING menerima cenderamat­a disampaika­n Penolong Kanan 1 SKPD Naime sambil diperhatik­an Sh Azad dan Suahib serta para tetamu jemputan.
SH AZAD diiringi Suahib (kiri) mengalungk­an selempang Selamat Bersara kepada Jonuring. JONURING menerima cenderamat­a disampaika­n Penolong Kanan 1 SKPD Naime sambil diperhatik­an Sh Azad dan Suahib serta para tetamu jemputan.
 ??  ?? JONURING (enamkiri)danSellybe­rsama Suahib (empat kiri), Sh Azad (lima kiri) serta para tetamu jemputan khas.
JONURING (enamkiri)danSellybe­rsama Suahib (empat kiri), Sh Azad (lima kiri) serta para tetamu jemputan khas.
 ??  ?? KUMPULAN Bayu menampilka­n bakat bermain muzik murid Tahun 5 SKPD.
KUMPULAN Bayu menampilka­n bakat bermain muzik murid Tahun 5 SKPD.
 ??  ?? MUSTAFAH Kamal (pengerusi AKP Kudat) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Jonuring.
MUSTAFAH Kamal (pengerusi AKP Kudat) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Jonuring.
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Buskers gabungan murid Tahun 3 dan 4 SKPD turut menyerikan majlis persaraan Jonuring.
PERSEMBAHA­N Buskers gabungan murid Tahun 3 dan 4 SKPD turut menyerikan majlis persaraan Jonuring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia