Utusan Borneo (Sabah)

Libaran nikmati pembanguna­n berterusan

Penduduk dapat manfaat besar hasil limpahan pembanguna­n dirancang

- Oleh YUSOP TEPPO

PARIMEN Libaran menikmati pembanguna­n berterusan dari segi kemdahan jalan raya, bekalan air dan elektrik malah pendudukny­a juga mendapat manfaat berskala besar hasil limpahan pembanguna­n yang dirancang.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol berkata daerah Sandakan mempunyai tiga kawasan Parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Kawasan Palimen Libaran meliputi lebih kurang 25 peratus pinggir bandar manakala selebihnya luar bandar dan juga pulau-pulau.

“Ia terbahagi kepada dua DUN iaitu DUN Sibuga diwakili oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan DUN Gum-Gum diwakili oleh Datuk Zakaria Mohd Edris, sementara saya mewakili kawasan Parlimen Libaran.

“Pengundi di kawasan Libaran ini lebih kurang 48 ribu keseluruha­nnya,” katanya semasa ditemubual

Utusan Borneo, baru-baru ini.

Juslie berkata apabila Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintah­an, beliau bersama Datuk Zakaria mula berbincang dengan Datuk Seri Musa untuk melaksanak­an pembanguna­n di Libaran ini.

“Datuk Seri Musa khusus di Sungai Sibuga. Datuk Zakaria khusus kepada kawasan DUN Gum-Gum, manakala saya dikhususka­n untuk melihat keadaan di luar bandar dan kawasan pulau-pulau dalam kawasan Libaran ini.

“Alhamdulil­lah selepas Umno dan BN memerintah negeri Sabah, kawasan Libaran tidak ketinggala­n dari segi pembanguna­n. Contohnya jalan raya di kampung-kampung sekarang ini sudah boleh dikatakan semua kampung boleh dilalui dengan jalan raya, tidak seperti dahulu sebahagian­nya kita melalui jalan laut.

“Bekalan air pula lebih kurang 60 peratus sudah meliputi kawasan kampungkam­pung manakala elektrik lebih kurang 90 peratus sudah menikmati bekalan elektrik,” katanya.

PEMBANGUNA­N JALAN RAYA BERSKALA BESAR

Dari segi pembanguna­n berskala besar, pihaknya telah merancang pembinaan dua jalan utama di Libaran. Pertama, Lintas Libaran yang melalui fasa pertama sudah dilaksanak­an dimana dalam fasa pertama ini ada empat peringkat.

“Peringkat petama telah diluluskan bajet dan telah dilaksanak­an, peringkat kedua, ketiga dan keempat juga akan dilaksanak­an dimana fasa pertama Lintas Libaran ini bermula dari kawasan Gum-Gum dan terus menghala ke Batu 32 dan bersambung ke Pan Borneo.

“Fasa kedua pula daripada Gum-Gum akan keluar ke kawasan berhampira­n bulatan Batu 8. Jadi, apabila siap jalan ini, Libaran bukan sahaja akan menikmati pembanguna­n berterusan tetapi daerah Sandakan khususnya Bandar Sandakan akan mudah dihubungka­n dengan jalan raya,” katanya.

Tambahnya terdapat satu lagi pembinaan jalan iaitu jalan pesisir pantai. “Ia baru diluluskan dalam bajet tahun lalu dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan jalan ini atas permintaan kita iaitu jalan Tanjung Semawang ke Kuala Gum-Gum.”

Menurutnya jalan ini lebih kurang bernilai RM170 juta iaitu termasukla­h jambatan menyeberan­gi daripada Sungai Kuala Gum-Gum.

“Disamping itu kita akan sambung jalan ini, kita sudah mesyuarat dengan keduadua pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sandakan dan juga Beluran, dimana kita untuk memohon supaya jalan daripada pesisir pantai ini akan terus ke Beluran.

“Dengan adanya jalan ini bukan sahaja memudahkan rakyat di Beluran ini mendapat limpahan tetapi daerah Sandakan juga kerana mungkin pelancong, peniaga dan sebagainya akan melalui kawasan ini.

“Inilah rancangan kita, mudah-mudahan dengan rakyat menyokong kita dalam mana-mana pilihanray­a terutama sekali dalam pilihanray­a akan datang ini maka semua cadangan dan hasrat kita ini insyaAllah akan tercapai,” katanya.

Juslie percaya apabila siap jalan ini, ia bukan sahaja akan dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar khususnya di kawasan Libaran ini bahkan limpahan pembanguna­n akan berterusan.

WUJUDKAN PEKANPEKAN BAHARU, MENYUSUN SEMULA KAMPUNG

Juslie memberitah­u disamping menyusun pembanguna­n berskala besar, beliau bersama Datuk Seri Musa dan Datuk Zakaria juga menyusun pembanguna­n jangka panjang iaitu dengan mewujudkan pekan-pekan baharu.

“Sebagai contoh, Datuk Seri Musa telah mewujudkan satu pekan baharu di Sungai Manila, Datuk Zakaria memulakan di Batu 32 termasukla­h di Gum-Gum dan saya sendiri di Sungai Tiram ini, yang meliputi beberapa buah kampung yang ada.

“Alhamdulil­lah, hari ini pembanguna­n itu sudah berjalan dengan baik. Kita harapkan rakyat akan melihat ini (pembanguna­n) dan kita minta supaya rakyat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kerana rancangan ini mengambil masa yang panjang lagi untuk kita laksanakan,” katanya.

Selain daripada itu, pihaknya juga menyusun semula kampung-kampung dalam kawasan Libaran ini.

Ini kerana katanya ramai penduduk Libaran daripada luar bandar selama ini telah berhijrah ke bandar menjadi setinggan di pinggir-pinggir bandar.

“Tapi Alhamdulil­lah apabila kita menyusun semula kampungkam­pung, Datuk Seri Musa mengarahka­n saya dan memberikan tanah, kemudian kita bahagikan lot-lot tanah ini kepada masyarakat yang memerlukan.

“Syukur Alhamdulil­lah... sejak lapan tahun ini rakyat sudah kembali ke kampungkam­pung dengan pewujudan pembanguna­n yang telah dilaksanak­an ini,” katanya.

Sehubungan itu, Juslie mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Musa kerana memberi kepercayaa­n serta membantu dan menyokong apa yang dirancang selama ini.

“Begitu juga kepada Datuk Seri Najib kerana setiap tahun meluluskan permintaan kita, walaupun di seluruh negara memerlukan pembanguna­n tetapi di Libaran ini juga tidak dilupakan,” katanya.

PEMBANGUNA­N PENDIDIKAN DAN PERANCANGA­N MASA DEPAN

Dari segi pembanguna­n pendidikan, Juslie menjelaska­n terdapat dua sekolah menengah telah diluluskan iaitu SMK Libaran dimana ia dilaksanak­an di Pekan Muhibbah, dan sebuah lagi iaitu SMK Gum-Gum 2 yang akan dilaksanak­an tidak lama lagi.

“InsyaAllah Menteri Pendidikan akan datang ke Sandakan pada 19 September ini sempena merasmikan sekolah dan beliau akan mengumumka­n sekolah ini dimana SMK Gum-Gum 2 ini kita akan letakkan di Sungai Tiram untuk keperluan masyarakat luar bandar.

“Selain itu hab pendidikan yang terletak di kawasan Libaran ini juga turut mendapat pembanguna­n berterusan dimana kita tahu bahawa semakin banyak kolej-kolej yang dilaksanak­an di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Juslie berkata sebagai bandar kedua selepas Kota Kinabalu, Sandakan juga sudah tentu mendapat limpahan pembanguna­n berterusan berikutan lapangan terbang yang terletak di Libaran.

“Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumka­n bahawa Lapangan Terbang Sandakan akan dibesarkan/ dipanjangk­an supaya pesawat Boeing boleh mendarat di sini.

“Oleh itu, dengan kerancakan pembanguna­n ini sudah tentu ia akan melimpah ke kawasankaw­asan DUN ataupun parlimen di daerah Sandakan dan tidak ketinggala­n di Libaran ini,” katanya.

Dari segi perancanga­n masa depan, selepas membawa balik masyarakat supaya kembali ke kampung-kampung yang telah disusun mengikut rancangan, kini mungkin sudah sampai masanya untuk menggandak­an nasihat kepada penduduk kampungkam­pung di Libaran ini.

“Sudah sampai masanya penduduk di Libaran ini melipatgan­dakan usaha kerana apabila ada kemudahan keseluruha­nnya, kita yakin dan percaya sara hidup semakin meningkat. Jadi sudah tentu dengan meningkatn­ya sara hidup ini...bukan kerana harga barang naik, tetapi kerana sudah ada jalan, air dan elektrik sudah tentu keperluan dalam rumah meningkat.

“Apabila keperluan rumah meningkat, maka di sinilah rakyat harus melipatgan­dakan usaha untuk menambah pendapatan dan ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu juga, Juslie memberitah­u untuk perancanga­n masa depan, pihaknya akan membuat perancanga­n dari segi ekonomi, industi pelanconga­n, industri kecil dan sederhana (IKS) sama ada daripada pertanian, perikanan dan sebagainya.

“Kita akan cuba rancang, dan ini adalah hasrat kita pada masa hadapan. Ini semua adalah untuk rakyat di kawasan Libaran ini agar terus menikmati pembanguna­n yang berterusan,” katanya.

Alhamdulil­lah selepas Umno dan BN memerintah negeri Sabah, kawasan Libaran tidak ketinggala­n dari segi pembanguna­n. Contohnya jalan raya di kampungkam­pung sekarang ini sudah boleh dikatakan semua kampung boleh dilalui dengan jalan raya, tidak seperti dahulu sebahagian­nya kita melalui jalan laut. DATUK JUSLIE AJIROL Ahli Parlimen Libaran

 ??  ?? JUSLIE melawat tapak pameran pertanding­an kenderaan dalam program turun padang.
JUSLIE melawat tapak pameran pertanding­an kenderaan dalam program turun padang.
 ??  ?? MUSA bersama Juslie diberi penerangan oleh pihak JKR semasa meninjau pembanguna­n jalan raya di Parlimen Libaran.
MUSA bersama Juslie diberi penerangan oleh pihak JKR semasa meninjau pembanguna­n jalan raya di Parlimen Libaran.
 ??  ?? JUSLIE menyampaik­an kunci kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Musa dan barisan kepimpinan BN dalam satu program SUDC.
JUSLIE menyampaik­an kunci kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Musa dan barisan kepimpinan BN dalam satu program SUDC.
 ??  ?? MUSA, Juslie dan Zakaria bersalaman dengan penduduk Kampung Pulau Libaran dalam program bersama rakyat.
MUSA, Juslie dan Zakaria bersalaman dengan penduduk Kampung Pulau Libaran dalam program bersama rakyat.
 ??  ?? MUSA dan Juslie bersalaman dengan masyarakat kampung dalam satu program di Parlimen Libaran.
MUSA dan Juslie bersalaman dengan masyarakat kampung dalam satu program di Parlimen Libaran.
 ??  ?? JUSLIE meninjau bangunan Politeknik Sandakan yang terletak di Hab Pendidikan dalam Parlimen Libaran.
JUSLIE meninjau bangunan Politeknik Sandakan yang terletak di Hab Pendidikan dalam Parlimen Libaran.
 ??  ?? JUSLIE bersama masyarakat Tiong Hua semasa menyampaik­an sumbangan.
JUSLIE bersama masyarakat Tiong Hua semasa menyampaik­an sumbangan.
 ??  ?? JUSLIE bersalaman dengan murid sekolah dalam satu program pendidikan.
JUSLIE bersalaman dengan murid sekolah dalam satu program pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia