Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan dalam talian semakin pesat

-

PERKHIDMAT­AN pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ melalui kecanggiha­n teknologi komunikasi semakin popular dalam kalangan mereka yang kesuntukan masa untuk membeli-belah atau yang tidak mahu bersesak ketika jualan murah.

Daripada pakaian dan aksesori peribadi, hinggalah peralatan perhiasan rumah dan barangan dapur, serahkan sahaja tugas membelinya kepada pembeli peribadi dengan bayaran upah berpatutan.

Seorang pembeli peribadi, Nazziatul Hikmah Abd Rahman, 30, berkata kerjaya itu menjanjika­n kepuasan tersendiri dan pendapatan lumayan jika perkhidmat­an yang disediakan menepati kehendak pelanggan.

“Saya mendapat satu kepuasan dan gembira apabila dapat membeli-belah walaupun barangan yang dibeli bukan untuk diri sendiri, selain dapat menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau yang bertugas dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mula menyediaka­n perkhidmat­an membeli perabot dan barangan perhiasan rumah IKEA di ibu negara sejak Februari 2016, selepas memuat naik gambar beberapa barangan jenama itu dalam laman Facebookny­a.

“Rakan-rakan memuji barangan tersebut dan meminta saya membelikan untuk mereka,” kata Nazziatul Hikmah.

Lazimnya beliau akan ke ibu negara dua kali sebulan bersama rakan atau adiknya selepas mengiklank­an barangan yang ditawarkan dalam laman Facebook dan Instagram.

Seorang lagi pembeli peribadi, Ainul Farahana Mustapa, 37, menjadikan ia kerjaya sepenuh masa selepas kontrak kerjanya di sebuah syarikat antarabang­sa tidak disambung.

Sebagai peminat industri hiburan Korea, beliau membuat keputusan menjadi pembeli peribadi untuk barangan dari negara itu seperti alat solek, produk penjagaan kulit dan barangan K-pop.

Beliau yang telah beberapa kali melawat negara itu sebelum menjadi pembeli peribadi berkata, beliau mendapat kepuasan melakukan sesuatu yang diminati di samping menjana pendapatan.

“Paling seronok apabila pelanggan memberi maklum balas positif dan ada ketikanya mereka memesan barangan yang langsung tidak pernah saya dengar dan pelik seperti anak patung Korea dan produk penjagaan kulit yang tiada di Malaysia,” katanya.

Lazimnya beliau akan memesan barangan tersebut daripada pembekal yang dikenaliny­a dari negara itu dan kadangkala beliau sendiri akan ke Korea Selatan untuk mendapatka­n barangan tersebut sambil melancong.

IKLAN LUCAH

Industri perniagaan dan iklan sememangny­a tidak dapat

dipisahkan. Nampaknya kebelakang-an ini, terdapat pengiklan yang mengetepik­an batas tradisi dalam mempersemb­ahkan iklan, justeru iklan-iklan berunsur lucah terpampang di merata tempat terbuka.

“Dah ketandusan idea sangatkah sampai mereka buat begini? Malunya kalau anak nampak,” keluh seorang ibu, Nurhayati Zainuddin, 39, tatkala melihat iklan ‘ubat kuat lelaki’ yang terpampang di bahu lebuh raya.

Sudahlah mempromosi produk golongan dewasa secara terang-terangan, malah iklan berkenaan mengguna perkataanp­erkataan yang tidak sepatutnya dipertonto­n kepada umum, lebih-lebih lagi si cilik.

Pendek kata, kebanyakan iklan seumpama itu seringkali menggunaka­n perkataan-perkataan dan pendekatan ‘dua makna’ atau ‘mesej tersembuny­i’ untuk mempromosi dan melariskan produk.

Lazimnya, imej ataupun kata-kata yang mengiringi iklan-iklan itu juga kurang senonoh dan berbaur lucah.

Tidak lama dahulu, terdapat iklan produk kopi tradisiona­l yang kononnya mampu meningkatk­an kemampuan tenaga batin lelaki, menampilka­n gambar katil yang patah kakinya, sekali gus mengundang pelbagai tanggapan.

Selain itu, antara iklan yang mengundang tidak puas hati Nurhayati adalah yang menggunaka­n kata-kata ‘Subuh Baru Cabut’ (kemampuan lelaki bersenggam­a hingga menjelang pagi).

Satu lagi iklan adalah mengenai rawatan tradisiona­l untuk membesarka­n payudara yang menampilka­n kata-kata ‘Suami Lemas Dalam Dakapan’ dengan diiringi imej wanita dengan payudara yang ‘kencang’ dengan gaya menggiurka­n.

Produk lain seumpamany­a pula cuba memikat pembeli dengan kata-kata ‘Montok, Gebu, Ketat, Mantop’.

Kesemua imej dan katakata itu membawa maksud yang menjurus kepada maksud tersembuny­i dan pastinya akan mencetuska­n rasa ingin tahu mengenai maksud yang tersirat dalam kalangan individu, apatah lagi kanak-kanak.

“Sebagai seorang ibu, saya malu dan tidak selesa apabila melihat iklan yang sememangny­a tidak sesuai dipaparkan kepada umum.

“Seringkali­nya iklan mengenai ubat kuat untuk lelaki dan pasangan berkahwin sangat ‘meloyakan’,” keluhnya.

“Malah, iklan sepatutnya mampu mendidik orang ramai dan bukan memanipula­si pengguna untuk memilih produk mereka,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

MORAL DAN ETIKA

Beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bandar Baru Serting di Jempol, Negeri Sembilan berkata, pengusaha dan pengiklan perlu mempunyai rasa tanggungja­wab dalam memastikan kaedah pengiklana­n mereka tidak melanggar norma-norma masyarakat.

“Contoh-contoh di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja, itu belum lagi lambakan iklan-iklan yang terdapat dalam talian dan melalui pelbagai pelantar media sosial termasuk Facebook dan Instagram.

“Iklan-iklan tersebut tampil dalam bermacamma­cam ragam dan gaya, cara mereka bercakap dan gaya berpakaian membuatkan kita terfikir, apakah sebenarnya yang ingin ditonjolka­n?” katanya yang sangat kecewa dengan strategi pengiklana­n yang mengambil jalan mudah untuk memancing pengguna dengan unsur-unsur lucah.

Sepertiman­a Nurhayati, ramai dalam kalangan masyarakat yang menyedari akan ketidakses­uaian iklaniklan itu dan bimbang terhadap keberanian golongan pengiklan yang tidak mempedulik­an sensitivit­i dan larangan dalam usaha meningkatk­an jualan produk mereka.

Mengulas kebimbanga­n mengenai perkara sama, Pensyarah Kanan yang juga Felo di ‘Advanced Communicat­ion Research Unit’ Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, senario ‘perlumbaan’ dan persaingan sengit dunia perniagaan pada masa kini menuntut peniaga menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka melalui pelbagai kaedah dan strategi.

“Setiap pengusaha mempunyai cara tersendiri untuk mempromosi produk masing-masing.

“Namun mereka tetap perlu bermoral dan beretika, seiring nilai agama, kerohanian dan amalan yang didukung masyarakat,” tegas beliau.

“Justeru, dalam usaha mempromosi apa jua produk, perlulah bertunjang­kan akal budi dan acuan budaya masyarakat kita.

“Iklan jelek dan berbaur lucah, contohnya, hanya menunjukka­n sikap individual­istik dan materialis­tik kerana sanggup meletakkan nilai wang ringgit mengatasi tatasusila dan moral masyarakat,” katanya.

Mohd Khairie juga berpendapa­t, walaupun strategi pemasaran menggunaka­n iklan yang dianggap tidak sesuai mungkin berkesan bagi pengiklan tetapi masyarakat terpaksa menanggung implikasi negatif daripada iklan itu.

Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi kesan negatif kepada negara kerana dibimbangi membawa kepada masalah sosial akibat dimomokkan dengan budaya yang sedemikian.

Beliau juga menegaskan, tidak seperti iklan di media cetak, adalah tidak mudah untuk memantau iklan dalam media sosial.

Lompong-lompong yang terdapat dalam penguatkua­saan peraturanp­eraturan atau garis panduan iklan di media sosial menjadikan ia sukar dibendung lantas menyumbang kesan negatif terhadap masyarakat.

“Justeru sebagai langkah asas, setiap pengusaha dan pengiklan perlu mempunyai ‘tapisan kendiri’ dan mempunyai rasa tanggungja­wab dalam menghasilk­an iklan yang tidak melanggar prinsip budaya, etika dan nilai masyarakat negara ini.

“Malah Advertisin­g Standards Advisory Malaysia sedang berusaha untuk memastikan sistem pengawalse­liaan sendiri berfungsi demi kepentinga­n awam.

“Pengguna juga boleh membantu dengan menyuaraka­n rasa tidak puas hati mereka terhadap iklan yang dianggap tidak wajar dan membuat aduan dengan pihak berkuasa, memboikot produk dan menghentik­an iklan daripada menjadi tular dalam media sosial,” katanya. — Bernama

 ?? Bernama Gambar hiasan ?? KEWUJUDAN pembeli peribadi membuatkan urusan membeli-belah kini semakin mudah di mana setiap urusan hanya dijalankan secara dalam talian sebelum menunggu barang dihantar hingga ke muka pintu rumah. —
Bernama Gambar hiasan KEWUJUDAN pembeli peribadi membuatkan urusan membeli-belah kini semakin mudah di mana setiap urusan hanya dijalankan secara dalam talian sebelum menunggu barang dihantar hingga ke muka pintu rumah. —
 ?? — Gambar hiasan Bernama ?? LAMBAKAN iklan lucah dan ah long yang dapat dilihat di mana-mana pada hari ini baik di dunia sebenar mahupun dalam dunia maya membuatkan ibu bapa khuatir akan kesannya terhadap anak-anak mereka.
— Gambar hiasan Bernama LAMBAKAN iklan lucah dan ah long yang dapat dilihat di mana-mana pada hari ini baik di dunia sebenar mahupun dalam dunia maya membuatkan ibu bapa khuatir akan kesannya terhadap anak-anak mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia