Utusan Borneo (Sabah)

Pengikut kultus akhiri krisis dengan tentera

-

Ribuan penyokong seorang guru kontrovers­i di India menamatkan ketegangan dengan tentera semalam, mengelakka­n keganasan baharu selepas pensabitan kes rogol terhadap guru mereka mencetuska­n rusuhan di mana sekurang-kurangnya 36 terkorban.

Para pengikut Ram Rahim Singh, yang mengamuk selepas dia didapati bersalah pada Jumaat lepas, beransur bersurai di bawah kawalan tentera dari kawasan ibu pejabat kultus mereka di Sirsa, pekan di wilayah utara Haryana.

Beratus-ratus anggota tentera dan polis rusuhan menyekat kehadiran ke beberapa premis di kawasan seluas lebih 1,000 ekar itu dan menggesa mereka yang bersembuny­i di dalam agar menyerah diri secara aman.

Pihak berkuasa India berada dalam keadaan berjagajag­a di Sirsa dan Panchkula, bandar di mana Singh berdepan keputusan hakim, sejak rusuhan dan pembakaran secara sengaja meletus beberapa minit selepas Singh, 50, didapati bersalah merogol dua orang pengikutny­a.

Pihak polis menyatakan sekurang-kurangnya 36 terbunuh ketika puluhan ribu pengikut Singh mengamuk, menyerang van televisyen dan membakar beberapa kenderaan.

“Keganasan tidak diterima di negara ini, dalam manamana bentuk,” Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan dalam ucapan bulanannya di radio.

Satu perintah berkurung dilakukan di Sirsa, di mana anggota tentera meronda jalan raya kosong, ditarik balik sekejap semalam bagi membenarka­n pengikut Singh untuk meninggalk­an ibu pejabat.

Di bawah kawalan rapat, para penyokong beredar pergi dari kawasan itu ketika lagu kerohanian dimainkan dari megafon.

Di sebuah kedai berhampira­n dipenuhi dengan poster ketua kerohanian itu, pengikut Trilok Insaan membela guru dan menuduh pihak polis dan anggota tentera memberikan respons kejam.

“Bapa kami tidak akan melakukan sebarang dosa,” tegas beliau.

“Ini adalah satu konspirasi. “Pihak berkuasa telah mengemukak­an satu arahan ‘tembak jika terlihat’ terhadap pengikut yang tidak bersalah, yang mana adalah benar-benar salah.”

Singh akan dijatuhkan hukuman hari ini di penjara di mana dia sedang ditahan di Rohtak, yang telah bertukar menjadi kubu oleh pihak berkuasa bagi mengelakka­n sebarang keganasa lanjut.

Sekatan kawat besi diletakkan di sepanjang tepi jalan dan bandar tersebut berada di bawah kepungan polis dan tentera.

“Tiada sesiapa dibenarkan untuk menghampir­i penjara Sunaria di Rohtak,” ketua polis Haryana, B. S. Sandhu menegaskan kepada wartawan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA separa tentera dan polis membanjiri jalanan Jalandhar di Sirsa kelmarin.
— Gambar AFP ANGGOTA separa tentera dan polis membanjiri jalanan Jalandhar di Sirsa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia