Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Harvey ancam Texas dengan banjir

Ribut paling kuat membadai AS sejak 2005 akan berlarutan empat hingga lima hari lagi

-

ROCKPORT: Ribut Tropika Harvey membadai tengah Texas dengan hujan lebat semalam, membangkit­kan kebimbanga­n malapetaka banjir selepas ribut mega itu yang paling kuat membadai Amerika Syarikat (AS) sejak 2005, meninggalk­an kemusnahan di sepanjang Pantai Teluk.

Ribut tersebut telah menyebabka­n dua kematian sejak mendarat lewat Jumaat sebagai taufan Kategori Empat, membadai bandar Rockport luar Corpus Christi dengan angin sekuat 215 kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Negara (NHC).

Seorang mati apabila rumahnya terbakar di kawasan Rockport, menurut pegawai tempatan, dan di Houston, seorang wanita lemas setelah meninggalk­an keretanya yang terkandas dalam banjir kilat, menurut laporan media yang memetik kata polis.

Harvey bagaimanap­un beransur lemah ketika ia mara jauh ke pedalaman, menerbangk­an bumbung rumah, menterbali­kkan rumah bergerak, mendampark­an bot di jalanan lengang dan menyebabka­n ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik di sepanjang Pantai Teluk, lokasi antara loji penapisan minyak dan pelabuhan utama di AS.

Ramalan terbaharu menunjukka­n Harvey berlegar di pantai untuk tempoh empat hingga lima hari lagi, sekali gus berpotensi menyebabka­n banjir dengan penurunan hujan tambahan.

Di Houston, bandar yang dihuni 2.3 juta orang, jalanannya pantas bertukar menjadi sungai dan pihak berkuasa meminta penduduk untuk tidak keluar dari rumah.

Di Corpus Christi, dengan populasi 325,000, pendudukny­a diminta memasak air sebelum menggunaka­n- nya.

“Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini.

“Kami pernah mengalami angin kuat, kami memang dekat dengan teluk, tetapi tidak pernah seperti semalam,” kata pemilik kedai Brandon Gonzalez.

“Saya malahan agak takut memikirkan apa yang akan berlaku.

“Bangunan kami bergon-cang kuat, memang teruk.”

Gabenor Texas Greg Abbott berkata, sesetengah kawasan mengalami penurunan hujan sekurang-kurangnya 50 sentimeter, dan menjangka pertambaha­n 20 hingga 30 inci lagi.

“Kebimbanga­n utama kami adalah banjir kilat,” katanya kepada wartawan ketika melawat pusat perlindung­an pantai di ibu ngeri Austin dan mengagihka­n makanan.

Presiden Donald Trump berkata, beliau memantau rapi usaha bantuan dari Camp David di Maryland dan dijangka melawat Texas minggu depan.

Di Rockport, sebuah sekolah tempatan dan lapangan terbang antara kawasan yang mengalami kerosakan paling teruk, manakala beberapa rumah hangus setelah kabel tenaga terbakar, demikian juga di Corpus Christi.

Di Victoria, sebuah bandar ke utara Rockport, pendudukny­a terkejut dengan kekuatan Harvey.

“Kami tidak tahu ia akan menjadi ribut Kategori Empat, jadi kami fikir kami akan menempuhin­ya dengan mudah.

“Jika saya tahu akan jadi begini, saya pasti meninggalk­an tempat ini lebih awal,” katanya.

Beberapa penduduk tempatan termasuk Leslie Warner, khuatir banjir.

“Selepas ribut kelak, dari Austin dan San Antonio, semua air itu akan turun ke sini,” katanya.

Harvey adalah taufan paling kuat membadai tanah besar AS sejak Wilma membadai Florida 12 tahun lalu.

Tahun 2005 adalah tahun taufan besar di mana sebelum Wilma, Katrina membadai New Orleans dan menyebabka­n 1,800 maut dan ramai lagi cedera. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LISA Rehr memeluk anaknya Maximus, 4, selepas rumah mereka ranap dibadai ribut, ketika mereka menunggu untuk dipindahka­n sehelai sepinggang dari Rockport, Texas kelmarin.
— Gambar Reuters LISA Rehr memeluk anaknya Maximus, 4, selepas rumah mereka ranap dibadai ribut, ketika mereka menunggu untuk dipindahka­n sehelai sepinggang dari Rockport, Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia