Utusan Borneo (Sabah)

Hung Xing ambil alih D’Junction

Memperkena­lkan Restoran Ocean Treasure

- Oleh YAP SIONG HAN

RESTORAN makanan laut Hung Xing telah mengambil alih pengurusan D’Junction dengan menjenamak­an semula sebagai Restoran Ocean Treasure.

Pengarah Chung Siu Syn berkata, pengambila­lihan itu adalah satu pendekatan positif dalam mengembang­kan perniagaan restoran yang berstatus ‘Serve No Pork’ berkenaan.

“Restoran ini mengambil hidupan laut seperti udang dan ikan kerapu di ladang sendiri yang terletak di Beaufort dan Kuala Penyu.

“Kita juga mempunyai ladang benih ikan kerapu di Papar. Untuk mengangkut ikan dan udang ke sini, kita tidak menggunaka­n bahan terlarang seperti formalin, sebaliknya kita menggunaka­n pendekatan mengawal suhu air (16 18°C) dengan meletakkan ketulan ais ke dalam tangki.

“Suhu yang rendah akan membolehka­n udang dan ikan berada dalam keadaan tidur sebelum memindahka­n ke dalam akuarium yang didapati dalam kedua-dua restoran ini,” katanya kepada pemberita di Penampang pada Jumaat.

Chung berkata, restoran itu menawarkan pelbagai pakej bufet seperti acara ‘fullmoon’, harijadi dan

katering. Katanya, dengan sembilan jenis hidangan, pelanggan boleh membuat tempahan awal pada harga serendah RM32++ untuk setiap orang dengan syarat mempunyai minimum 60 orang. “Restoran ini juga akan memperkena­lkan menu baharu setiap tiga bulan dan dibuka seawal jam 7.30 pagi sehingga 10.30 malam.

“Untuk set makanan tengahari, restoran turut menawarkan pakej mesyuarat, acara korporat dan Industri Kecil Sederhana.

“Sebanyak enam jenis ‘Seafood Banana Leaf’ akan ditawarkan setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang dengan harga RM10 sehingga RM15 sahaja. Untuk mereka yang berminat menikmati hidangan ini bagi makan malam, tempahan awal adalah diperlukan,” katanya.

Menurutnya, restoran itu juga menawarkan pakej hidangan perkahwina­n dengan harga serendah RM698++.

Ballroom restoran boleh memuatkan seramai 550 kerusi selain menawarkan perkhidmat­an kenderaan limosin dan tarian singa secara percuma.

“Pelanggan untuk pakej itu juga boleh membawa minuman luar tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Restoran ini juga telah menambahka­n tempat letak kenderaan yang boleh menempatka­n sejumlah 200 buah kereta,” katanya.

Selain itu, restoran itu juga menawarkan sarapan pagi set Super Bowl Fosh Noodles Soup berharga serendah RM10 dengan saiz piring sebesar 16 inci diameter bermula jam 7.30 pagi.

Chung berkata, daya tarikan terkini restoran adalah dengan promosi set hidangan dim sum yang berkualiti.

Katanya, restoran baharu itu juga menawarkan hidangan pakej perkahwina­n dengan harga RM488++ untuk 25 meja ke atas dengan harga tempahan hanya RM1,000 sahaja berdasarka­n terma dan syarat ditetapkan.

“Di sini juga, kita menyediaka­n perkhidmat­an kereta limosin dan tarian singa secara percuma berdasarka­n terma dan syarat. Selain itu, restoran ini mampu memuatkan sebanyak 700 kerusi untuk satu-satu acara yang diadakan.

“Set bufet untuk acara fullmoon, harijadi dan katering di sini juga bermula dari RM33++ untuk setiap orang dengan minimum pelanggan seramai 60 orang,” katanya.

Menurutnya, daya tarikan utama dalam restoran adalah hidangan steamboat empat tingkat yang terdiri daripada pelbagai citarasa pilihan pelanggan sendiri.

 ??  ?? SET menu pakej perkahwina­n Lobster Combinatio­n. SET menu pakej perkahwina­n Steamed Live Groupe. FRIED Prawns with Pumpkin Salted Egg. FRIED Crabs with Pumpkin Salted Egg.
SET menu pakej perkahwina­n Lobster Combinatio­n. SET menu pakej perkahwina­n Steamed Live Groupe. FRIED Prawns with Pumpkin Salted Egg. FRIED Crabs with Pumpkin Salted Egg.
 ??  ?? FRIED Crab with White Pepper. RESTORAN makanan laut Hung Xing yang boleh memuatkan sebanyak 550 kerusi.
FRIED Crab with White Pepper. RESTORAN makanan laut Hung Xing yang boleh memuatkan sebanyak 550 kerusi.
 ??  ?? HONG Kong Style Hot & Spicy Roasted Chicken.
HONG Kong Style Hot & Spicy Roasted Chicken.
 ??  ?? RESTORAN Ocean Treasure yang mempunyai kapasiti 700 kerusi.
RESTORAN Ocean Treasure yang mempunyai kapasiti 700 kerusi.
 ??  ?? IMPERIAL Boneless Chicken with Roti John.
IMPERIAL Boneless Chicken with Roti John.
 ??  ?? HUNG Xing Seafood Flamboyant Soup.
HUNG Xing Seafood Flamboyant Soup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia