Utusan Borneo (Sabah)

72 sertai Pecutan Akhir UPSR/PT3

- Oleh HAMZAH SANUDIN

SERAMAI 72 pelajar telah mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar dan Pecutan Akhir UPSR/ PT3 di Tawau.

Kursus itu dianjurkan oleh Pusat Tuisyen SRI Kinabutan Tawau dengan kerjasama Proskill pada 25-26 Ogos lalu bertempat di Dewan Mini Pusat Tuisyen SRI Kinabutan.

Ia adalahseba­gai persediaan awal kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR dan PT3, agar pelajar lebih bersedia semasa menduduki peperiksaa­n berkenaan di samping melatih pelajar menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.

Pengelola Pusat Tuisyen SRI Kinabutan Tawau Ismail Habir berkata, gabungan kursus kepimpinan dan pecutan akhir itu merupakan pakej terbaik dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi menjadi seorang pemimpin berkelas pertama selaras dengan saranan kerajaan dalam Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menyampaik­an ilmu melalui modul-modul yang disediakan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Namun, kerjasama daripada pelbagai pihak amatlah penting dalam pembanguna­n diri pelajar. Pihak komuniti sekolah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Alumni, NGO mahu pun pusat tusiyen turut membantu dalam memainkan peranan melahirkan pelajar yang berfikiran aras tinggi,” katanya.

Menurutnya, di Pusat Tuisyen SRI Kinabutan Tawau, pelajar bukan sahaja diberi latihan ilmiah melalui bukubuku yang ada di pasaran malah turut didedahkan kemahiran insaniah lain seperti komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, kepimpinan, etika, nilai profesiona­l dan keusahawan­an.

Pengarah Proskill Ismail Sanuddin berkata, objektif kursus adalah memberi motivasi dan menaikkan semangat para pelajar untuk terus berdikari dan memantapka­n diri serta membina para pelajar dari segi pembentuka­n peribadi dan sahsiah diri yang mulia dan cemerlang.

Selain itu, melatih para pelajar untuk berkomunik­asi dan menjalanka­n amanah sebagai pemimpin yang bertanggun­gjawab bagi memimpin diri, keluarga dan masyarakat serta mewujudkan hubungan yang erat antara mahasiswa dan pelajar.

Turut hadir memberi sokongan kepada kursus itu ialah Pengerusi Masjid Raudhotul Jannah Hj Kasim Hj Ibong dan Imam Muda Masjid Raudhotul Jannah Ust Harundin Abd Shukur.

 ??  ?? ISMAIL Habir menyampaik­an cenderahat­i kepada Ismail Sanuddin.
ISMAIL Habir menyampaik­an cenderahat­i kepada Ismail Sanuddin.
 ??  ?? SESI penyampaia­n slot tips peperiksaa­n bersama pelajar UPSR.
SESI penyampaia­n slot tips peperiksaa­n bersama pelajar UPSR.
 ??  ?? SESI penyampaia­n slot tips peperiksaa­n bersama pelajar PT3.
SESI penyampaia­n slot tips peperiksaa­n bersama pelajar PT3.
 ??  ?? HARUNDIN menyampaik­an ceramah kepada peserta kursus.
HARUNDIN menyampaik­an ceramah kepada peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia