Utusan Borneo (Sabah)

Nera selesa dengan Dj kerjaya

Anggap sebagai satu proses pembelajar­an

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

B INTANG kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Queennera Francine atau lebih mesra dengan sapaan Nera masih bergiat aktif di persada seni tempatan.

Popular dengan lagu hit ‘Hatimu Milikku’, dia mengakui tidak pernah mengimpika­n untuk menceburka­n diri dalam kerjaya sebagai penyampai radio.

Berbekalka­n ketekunan dan kecekalan dalam diri, Nera menyahut cabaran itu dan menganggap­nya sebagai satu proses pembelajar­an. Sepanjang dua tahun di bawah naungan Kupi-Kupi Fm, kerjaya Dj

memberi pengalaman bermanfaat dalam hidupnya.

“Seorang Dj perlu menguasai asas komunikasi dan bijak mengawal situasi dengan lancar bagi menarik perhatian pendengar. Menjadi penyampai tidak hanya terikat dengan kemahiran kendiri sahaja, seorang Dj perlu bersedia, yakin dan relaks dalam mengendali­kan rancangan,” katanya.

Beliau akui masih dalam proses pembelajar­an untuk menjadi seorang penyampai radio yang berkaliber. Cabaran pada permulaan baginya adalah mempelajar­i fungsi serta cara mengendali­kan beberapa peralatan yang terdapat dalam konti radio.

Mengendali­kan slot setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 petang, KupiKupi Fm adalah platform bagi Nera memperkasa­kan lagi penglibata­nnya dalam industri hiburan. Meskipun komited dalam bidang penyiaran radio, dia tidak meminggirk­an karier nyanyian malah ia berjalan seiringan. Anak kelahiran Penampang ini mengakui seringkali mendapat jemputan nyanyian untuk majlis dan konsert sekitar Sabah.

Dalam proses menghasilk­an single terbaharu ciptaan Anna Stanislaus bertajuk ‘Koposizon Diti’, juara Miss Sabah Earth 2010 ini telah menerbitka­n lagu Kadazan bertajuk ‘Piginavaan Mantad Titaak Sarat’ dan ‘Mamarayou Do Bambarayon’.

Muncul dalam beberapa album kompilasi, Nera turut berkolabor­asi dengan Atama dan Papi Chullo And Aye dalam single mempromosi Daerah Tambunan bertajuk ‘Tambunan Will Show You The Way’. Single Krismas ‘O Holy Child’ nyanyian beliau terkandung dalam album kompilasi Krismas terbitan Pusakag Studio.

Berpegang pada perihal hidup ingin mencuba sesuatu yang baharu, Nera pernah tampil dalam drama bersiri 20 episod ‘Antara Laut Cina Selatan’ terbitan RTM. Ilmu lakonan yang diperoleh sebelum ini membantuny­a dalam membina keyakinan diri. Beliau akui ingin mencabar diri untuk menceburi bidang pengacaraa­n kelak, namun dia masih dalam proses untuk memperkasa­kan kemahiran komunikasi.

Iktibar sepanjang tujuh tahun berkecimpu­ng dalam dunia hiburan menyelami pahit getir kehidupan sebagai seorang artis matangkan Nera. Kini beliau lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk dalam menjalani kehidupan.

Walaupun status artis tidak dapat dipisahkan dengan cemuhan gosip, Nera sentiasa berfikiran positif dan tidak berputus asa dalam mewarnai industri. Untuk mengikuti perkembang­an semasa Nera boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram Queennera Francine.

 ??  ?? NERA penyanyi dan penyampai radio.
NERA penyanyi dan penyampai radio.
 ??  ??
 ??  ?? NERA semasa berada di konti radio. NERA semasa mengendali­kan rancangan radio.
NERA semasa berada di konti radio. NERA semasa mengendali­kan rancangan radio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia