Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i ‘Korban Kasih’ khas Aildiladha ini di TV1

-

SETIAP yang hidup di dunia ini telah tertulis jalan hidupnya, sepahit mana dugaan itu ianya harus ditempuhi bagi membina sebuah kehidupan. Kehidupan bermula seawal lahirnya ke dunia ini dari insan bergelar ibu dan bapa.

Tanpa ibu bapa dunia menjadi gelap gelita, mereka insan pendorong hidup serta penguat ikatan kasih sayang antara satu sama lain. Mereka segala-galanya, namun apa yang berlaku, kita sering bahkan setiap minit didendangk­an dengan kisah kematian serentak hingga anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata.

Sedang elok bergurau senda, dipeluk erat satu saat yang lain tangan itu tiada fungsinya lagi, terbujur kaku di satu sudut dikeliling­i tangisan saudaramar­a.

Anak kecil meraung ketakutan bukan kerana sedih namun tidak mengerti apaapa lagi, bila melihat yang memeluk dirinya bukan ibu bapa malah insan lain. Anakanak dewasa pula meraung pilu tiada lagi tempat bergantung.

Melihatkan situasi ini menjadi satu kisah yang tiada hentinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentar­i khas Hari Raya Korban terbitan JAKIM bertajuk ‘Korban Kasih’ yang memaparkan kisah perjalanan hidup anak yatim piatu sekelip mata sejak kecil hingga dewasa.

Menemui penonton pada 1 September ini, jam 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1, program ini berkongsi memaparkan bagaimana mereka melalui hari-hari tanpa ibu bapa walau kebanyakan mereka dijaga oleh waris.

Apakah cita-cita dan harapan anak-anak terdahulu yang menjadi yatim piatu sekelip mata hingga dewasa ini telah berjaya dengan kehidupann­ya, namun bagaimana pula anak-anak yatim piatu yang baru sahaja kehilangan ibu dan bapanya. Adakah mereka mampu dan sekuat seperti mereka yang pernah melaluinya.

Bukan mudah untuk hidup tanpa kasih ibu bapa, terutamany­a bila perayaan menjelma. Saat itu, hanya linangan air mata dapat disaksikan pada anak-anak ini. Tiada lagi kehidupan keluarga sendiri hanya memori terpahat dalam jiwa. Segalanya hanya tinggal kenangan.

Ikuti perjalanan dua kisah kemalangan tragis yang meragut nyawa-nyawa orang tersayang, dan sekelip mata menukar status anak-anak menjadi yatim piatu.

Soroti kisah bagaimana adik Muhammad Haseef Mohd Halim menyaksika­n sendiri ibu, bapa dan tiga saudara kandungnya lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu pada 19 Disember 2015. Detik ceria menghabisk­an cuti tahun, bertukar cerita duka yang akan terpahat di ingatan anak kecil ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia