Utusan Borneo (Sabah)

Acara pelayaran tepati ramalan

Sumbang dua lagi emas

-

LANGKAWI:Kempelayar­an negara menepati ramalan apabila menyumbang dua lagi emas dalam acara itu menerusi kategori Internatio­nal 420 Lelaki dan Internatio­nal 470 Lelaki di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Gandingan Muhammad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin dalam kategori Internatio­nal 420 Lelaki memperoleh 13 mata penalti, manakala pasangan pelayar Thailand yang memperoleh 30 mata penalti memperoleh perak dan gangsa dimenangi pasangan pelayar Thailand.

Mereka sekali gus mengulangi kejayaan menjuarai kategori itu pada Sukan SEA ke-28 di Singapura, dua tahun lepas.

Bagi kategori Internatio­nal 470 Lelaki pula, gandingan Mohammad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz yang memperoleh 17 mata penalti, melayakkan mereka untuk merangkul emas, manakala pelayar Thailand Navee Thamsoonto­rm/ Nut Burmarasri yang memperoleh 28 mata penalti memenangi perak dan gangsa dimenangi pasangan pelayar Filipina, Emerson Villenia/Lester Troy Tayong dengan 41 mata penalti.

Bagaimanap­un, Malaysia tidak mampu mempertaha­nkan pingat emas dalam kategori Internatio­nal 470 Wanita pada Sukan SEA ke-28 dua tahun lalu, apabila hanya sekadar memperoleh perak dalam acara itu.

Gandingan Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohd Sayed yang semalam mengekori rapat kedudukan Singapura dalam perlumbaan akhir dengan perbezaan satu mata penalti, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan itu apabila memperoleh 22 mata penalti, ketinggala­n hanya tiga mata di belakang pasangan pelayar Singapura, Elisa Yukie Yokoyama/Teo Cheryl yang memperoleh emas.

Manakala pelayar Thailand mendapat gangsa bagi acara Internatio­nal 470 wanita itu.

Dalam kategori Internatio­nal 420 Wanita pula, Malaysia hanya sekadar memperoleh gangsa apabila gandingan Nur Aishah Kovo Mohd Yusri dan Nurul Izzryn Shamsul Ariffin hanya mendapat 33 mata penalti, berbanding Singapura 21 mata penalti, dan Thailand yang memperoleh emas dengan 20 mata penalti.

Setakat ini sukan pelayaran sudah memperoleh tiga emas, dua perak dan satu gangsa.

Selepas ini, tujuh lagi pingat emas akan menjadi buruan untuk acara pelayaran Sukan SEA kali ini yang akan berlangsun­g sehingga 29 Ogos.

Perlumbaan awal hari ini pula membabitka­n kategori Optimist Lelaki, Optimist Wanita, Laser Standard, Laser Radial Lelaki, Laser Radial Wanita, Windusrfin­g RS One Lelaki dan Windsurfin­g RS One Wanita. -Bernama

 ??  ?? MOHD Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz teruja selepas menang pingat emas acara Internatio­nal 470 Lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. -Gambar Bernama
MOHD Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz teruja selepas menang pingat emas acara Internatio­nal 470 Lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia