Utusan Borneo (Sabah)

Boling padang: Single lelaki tambah kilauan emas keenam

-

KUALA LUMPUR:Aksi secara taktikal oleh Muhammad Soufi Rusli pada acara single lelaki pada Ahad membuahkan hasil kilauan emas keenam buat Malaysia dalam acara boling padang sekali gus melepasi sasaran empat pingat emas.

Skuad boling padang negara menambah satu lagi emas menerusi acara single lelaki hari ini selepas membenam Singapura dengan mata 21-6 di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara di sini.

Anak jati Kuala Lumpur berusia 30 tahun itu memulakan langkah pada ends pertama mendahului satu mata sebelum jauh meninggalk­an pesaing, Lee Yuan Min sehingga ke ends penamat.

Bermain sehingga ke ends 18, Muhammad Soufi mengekalka­n rentak permainan tanpa memberi peluang kepada lawannya untuk menandingi mata yang diperoleh walaupun Yuan Min mula mendapat mata pada ends ke-8 iaitu 11-2.

Kebangkita­n lawan langsung tidak menggentar­kan Muhammad Soufi apabila beliau membuat kutipan mata sebanyak 13 kali berbanding Yuan Min yang hanya tiga kali mengutip mata.

MuhammadSo­ufi,Konstabel Sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memecahkan rekod yang dibuat jurulatihn­ya Syed Mohamad Syed Akil pada Sukan SEA 2001 dalam acara sama.

“Kejayaan ini menuntut pelbagai pengorbana­n namun perjalanan saya masih jauh lagi. Alhamdulil­lah saya berasa lega apabila amanah selesai dengan merangkul emas. Sasaran saya selepas ini adalah mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel di Australia tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Muhammad Soufi merupakan pemegang pingat gangsa pada World Single Champion of Champion di Australia (2016) dan pingat perak pada World Single Indoor di Sidney (2017).

Sementara itu, Syed Mohamad Akil yang juga anggota PDRM berpangkat Sarjan Mejar menzahirka­n rasa bangga dan yakin kesemua 20 atlet boling padang yang terlibat pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) akan terus berjaya dalam pertanding­an seterusnya sehingga ke persada dunia.

“Saya mahu mereka kekalkan disiplin dan mantapkan prestasi masingmasi­ng untuk berjaya dalam karier ini,” kata jurulatih berusia 54 tahun itu.

Kalungan pingat disampaika­n Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.Bernama

 ??  ?? MUHAMMAD Soufi terharu selepas berjaya meraih emas untuk negara. -Gambar Bernama
MUHAMMAD Soufi terharu selepas berjaya meraih emas untuk negara. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia