Utusan Borneo (Sabah)

Suspek seludup sisik tenggiling bakal didakwa

- -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Suspek kes penyeludup­an sisik tenggiling bakal dihadapkan di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, setakat ini siasatan yang dijalankan hampir selesai dan suspek dikenal pasti untuk pendakwaan di mahkamah.

Pihaknya akan membuat pendakwaan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barangan larangan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda minimum 10 kali ganda dan maksimum 20 kali ganda dari barangan yang disita.

“Sisik tenggiling terbabit kita hantar untuk ujian DNA dan Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah juga boleh membuat pendakwaan berhubung kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perhimpuna­n Perdana dan Serah Tugas Pengarah Kastam Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Penghujung Julai lepas, Bahagian Penguatkua­saan JKDM Negeri Sabah berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup sisik tenggiling seberat 8,000 kilogram dengan nilai lebih RM100 juta.

Rampasan terbabit melibatkan dua kontena dagangan bersaiz 40 kaki yang dimasukkan di dalam 226 karung guni pada 29 Julai.

Dalam pada itu, Subromania­m berkata, pihaknya turut mengetatka­n kawalan di semua pintu masuk melalui Penyelaras­an Pengurusan Sempadan (CBM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia