Utusan Borneo (Sabah)

Kelemahan Bahasa Inggeris membimbang­kan

Tidak diguna secara meluas dalam kehidupan masyarakat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kelemahan bertutur dan menulis Bahasa Inggeris semakin membimbang­kan dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur di negara ini.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Idris Shah bertitah, hal demikian kerana bahasa kedua itu tidak digunakan secara sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kelemahan itu juga disebabkan kurangnya sokongan dalam berkomunik­asi khususnya di rumah mahupun dalam kelompok masyarakat.

“Terdapat banyak sebab berlakunya kemerosota­n berbahasa Inggeris dalam negara kita. Contohnya, ia digunakan hanya untuk sesi soal jawab dengan guru atau hanya dituturkan semasa dalam kelas Bahasa Inggeris sahaja.

“Selain itu, kurangnya sokongan menggunaka­n bahasa kedua ini di luar waktu pembelajar­an di mana, ramai ibu bapa di kawasan luar bandar tidak berbahasa Inggeris. Justeru, anak-anak mereka tidak berpeluang untuk menggunaka­nnya,” titah baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajar Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) Ke-26, di sini pada Isnin.

Titah baginda, keadaan itu menyebabka­n perbendaha­raan kata yang diketahui oleh masyarakat amat terhad kerana bahan bacaan bahasa Inggeris sukar diperoleh.

Raja Zarith Sofiah yang juga Penasihat Diraja Melta bertitah walaupun masyarakat menyedari kepentinga­n Bahasa Inggeris namun kecekapan dalam bertutur dan menulis bahasa berkenaan semakin berkuranga­n secara drastik.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk lebih agresif dalam mengambil tindakan bersama dan tidak bergantung semata-mata kepada usaha kerajaan.

“Menyedari hakikat berkenaan penganjura­n persidanga­n ini adalah contoh usaha terbaik bukan sahaja kita bangkit untuk menghadapi cabaran tetapi melakukann­ya bersama-sama sebagai individu atau sebuah kumpulan dengan penyertaan serta kerjasama badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan,” titah baginda.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid hadir membacakan teks ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Turut hadir, Raja Mahkota Perak Datuk Seri Raja Nazhatul Shima Idris Shah, TimbalanMe­nteriPendi­dikan Tinggi Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Presiden Melta Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Terdapat banyak sebab berlakunya kemerosota­n berbahasa Inggeris dalam negara kita. Contohnya, ia digunakan hanya untuk sesi soal jawab dengan guru atau hanya dituturkan semasa dalam kelas Bahasa Inggeris sahaja. RAJA ZARITH SOFIAH IDRIS SHAH Permaisuri Johor

 ??  ?? RAJA Zarith Sofiah (depan, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain dan ahli Melta.
RAJA Zarith Sofiah (depan, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain dan ahli Melta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia