Utusan Borneo (Sabah)

Hamzah pengarah JKDM Sabah baharu

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya Datuk Hamzah Sundang dilantik sebagai Pengarah JKDM Sabah yang baharu bagi menggantik­an Datuk Dr Janathan Kandok.

Hamzah, 59, yang berasal dari Kota Belud berkuatkua­sa memegang jawatan berkenaan mulai hari ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan timbalan pengarah JKDM Sabah menggantik­an Janathan yang bersara wajib.

Menurutnya, tumpuan untuk tugas baharu itu lebih kepada penekanan pemantapan aktiviti dan disiplin pegawai.

“Tumpuan pentadbira­n masih mengikut pengurusan pengarah sebelum ini dan tidak banyak perubahan.

“Selain itu, saya juga akan memberi tumpuan kepada aspek hasil pungutan JKDM Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perhimpuna­n Perdana dan Serah Tugas Pengarah Kastam Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromania­m Tholasy turut hadir menyaksika­n majlis serah tugas berkenaan.

Hamzah mula menyertai kastam pada Jun 1984 sebegai pegawai penguasa Kastam.

Pada 2010, beliau dilantik sebagai timbalan pengarah JKDM Sabah sebelum dilantik menjadi pengarah JKDM Negeri Terengganu pada 2014.

Beliau memegang jawatan Pengarah JKDM Putrajaya pada Disember 2016.

Janathan yang menamatkan perkhidmat­annya mula memegang jawatan sebagai pengarah sejak Februari 2011.

 ??  ?? HAMZAH (kanan) menerima dokumen serah tugas daripada Janathan (tengah). Turut kelihatan Subromania­m (dua kanan).
HAMZAH (kanan) menerima dokumen serah tugas daripada Janathan (tengah). Turut kelihatan Subromania­m (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia