Utusan Borneo (Sabah)

Pertabalan Swepa Ke-12 pada 22 Oktober

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pertabalan Persatuan Usahawan dan Profesiona­l Wanita Sabah (Swepa) Ke-12 dan Makan Malam Amal akan berlangsun­g pada 22 Oktober di Magellan Sutera Resort. Dengan bertemakan

‘Vintage Classic’, majlis pelantikan itu Swepa akan meneruskan pembiayaan Projek Barefoot Solar yang kini dalam siri ketiga.

Bakal Presiden Swepa Datuk Aminah Ambrose berkata persatuan sudah mengenal pasti dua kampung di Nabawan yang akan mendapat manfaat daripada projek itu.

“Kampung-kampung itu adalah Salong dan Tikamdis. Kini, kita telah mengenal pasti dua warga tua dari kampung berkenaan untuk dihantar ke India pada Mac tahun hadapan,” katanya pada sidang media Pertabalan Swepa dan Makan Malam Amal, di sini pada Isnin.

Katanya, projek Barefoot Solar telah melatih tiga warga tua sejak penubuhann­ya untuk memasang panel solar ke rumah yang dikenal pasti serta menghubung­kan pendawaian dari panel ke lampu untuk menyelengg­ara semua peralatan termasuk lampu solar yang boleh dicas semula.

Tiga orang yang terpilih itu adalah Tarahing Masanim, Gining Jaineh dan Rusni Singkamung yang akan dihantar ke Kolej Barefoot Tilonia India untuk menjalani latihan selama enam bulan.

Menurutnya, sebagai tambahan kepada Projek Barefoot Solar, dana yang diperoleh daripada makan malam amal juga akan disalurkan ke Program Swepa Enriche sebagai lanjutan daripada projek yang dijalankan.

Aminah menjelaska­n program Enriche bertujuan melaksanak­an kemahiran dalam komuniti luar bandar melaluilat­ihanuntukg­olongan miskin tegar seperti Kursus Seni Jahitan Kreatif.

Katanya, mereka telah memaklumka­n kepada yang mengambil bahagian dalam kursus jahitan bahawa ia boleh membantu golongan berkenaan untuk menambah pendapatan selepas menamatkan latihan.

Sementara itu, beliau berkata mereka telah berjaya menjual sebanyak 50 peratus tiket makan malam amal namun, Swepa masih memerlukan sokongan daripada sektor korporat dan juga orang ramai untuk menyokong program mereka.

Tiket berkenaan berharga RM10,000, RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap meja untuk 10 orang.

 ??  ?? AMINAH (depan, empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli Swepa selepas sidang media itu.
AMINAH (depan, empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli Swepa selepas sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia