Utusan Borneo (Sabah)

Simpan enjin bot curi, lelaki kena 18 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 18 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan sebuah enjin bot disyaki harta curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terahdap Masdi Kabuni, 30, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 21 Julai jam 11.26 pagi di kawasan laut Kampung Kibagu, di sini.

Mengikut fakta kes, pada 19 Julai satu laporan polis dibuat pengadu mengatakan, sebuah bot miliknya dicuri di kawasan laut dekat Wisma Merdeka, di sini.

Pada 21 Julai, tertuduh ditangkap di kawasan laut Kampung Kibagu dan turut dirampas sebuah enjin bot Yamaha.

Semasa pengecaman dilakukan, pengadu dapat mengecam enjin berkenaan apabila nombor enjin sama dengan nombor yang tercatat pada resit pembelian.

Dalam rayuan, Masdi yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, namun Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman setimpal dikenakan.

Mahkamah mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, Cindy menetapkan pada 25 September untuk tarikh perbicaraa­n terhadap seorang promoter yang didakwa mencari pelanggan bagi maksud pelacuran.

Keputusan itu dilakukan terhadap Roziah Nasir, 19, selepas mengekalka­n pengakuan tidak bersalah mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Julai jam 10.10 malam di sebuah rumah, Api-Api Centre, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh setahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Sementara menuggu kes berkenaan selesai, mahkamah melanjutka­n ikat jamin tertuduh sebanyak RM5,000 deposit RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia