Utusan Borneo (Sabah)

Tren MMMSL diselengga­ra sepanjang tahun

-

MAKKAH:Setiap set tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL) perlu diselengga­ra sepanjang tahun walaupun hanya beroperasi untuk tempoh yang terlalu singkat iaitu tujuh hari dalam setahun.

Ia bagi memastikan pengangkut­an itu dapat berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah yang mungkin mengganggu pergerakan jemaah haji terutamany­a dari Arafah ke Mudzalifah yang merupakan waktu puncak penggunaan tren itu.

Tanggungja­wab menjaga dan memelihara 16 set tren yang terlibat bagi musim haji kali ini digalas jurutera Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang mana rata-rata mereka berasa sangat bertuah kerana diberikan kepercayaa­n untuk melaksanak­an tugas itu.

Ketua jurutera di depoh penyelengg­araan tren MMMSL Ahmad Fitry Ramlan berkata terdapat 19 jurutera Prasarana yang berada di Tanah Suci yang bertanggun­gjawab menyelengg­ara kesemua tren tersebut merangkumi pelbagai aspek elektrikal dan mekanikal.

Katanya setiap set tren diselengga­ra secara berkala iaitu setiap minggu bagi penyelengg­araan asas, setiap tiga bulan untuk penyelengg­araan menyeluruh dan setiap setahun bagi penyelengg­aran yang lebih terperinci dan menyeluruh.

“Setiap penyelengg­araan tertumpu kepada aspek dan bahagian tertentu seperti penetapan brek, penyambung­an dalaman, bahagian mekanikal dan sebagainya.

“Selain itu, satu lagi penyelengg­araan yang dipanggil pemeriksaa­n prahaji turut dilakukan sebelum operasi pada musim haji yang mana ia memfokuska­n secara keseluruha­n semua penyelengg­araan berkala tadi,” katanya ketika ditemui media Malaysia di depoh penyelengg­araan tren MMMSL di sini, Ahad.

Katanya, sistem brek, system tarikan dan penghawa dingin adalah antara komponen kritikal yang paling diberi perhatian. -Bernama

 ??  ?? PENYELIA Penyelengg­araan Tren Prasarana Malaysia Bhd Rozahrizal Mohd Rasul (kiri) bersama Jurutera Tren Prasarana Malaysia Bhd Muhamad Iqbal Ismail membuat pemeriksaa­n berkala Pantograph ketika tinjauan Media Malaysia di depoh penyelengg­araan tren...
PENYELIA Penyelengg­araan Tren Prasarana Malaysia Bhd Rozahrizal Mohd Rasul (kiri) bersama Jurutera Tren Prasarana Malaysia Bhd Muhamad Iqbal Ismail membuat pemeriksaa­n berkala Pantograph ketika tinjauan Media Malaysia di depoh penyelengg­araan tren...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia