Utusan Borneo (Sabah)

Bukti semangat cintakan negara

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah

-

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah pada 31 Ogos ini adalah bukti kepada semangat cintakan negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga pengerusi Jawatankua­saInduksam­butan berkenaan berkata sambutan Hari Kebangsaan merupakan tanda kesyukuran semua lapisan masyarakat ke atas kemerdekaa­n yang dikecapi negara ini.

“Ini yang kita inginkan kerana Hari Kebangsaan akan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk mengambil bahagian dalam sambutan itu dan kita berharap ia dapat memeriahka­n lagi sambutan Hari Kemerdekaa­n di negeri ini.

“Sebanyak 195 kontinjen akan mengambil bahagian dalam acara perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini antaranya adalah dari pasukan beruniform, pelajar sekolah, badan bukan kerajaan dan kumpulan etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat dan menyampaik­an jemputan rasmi kepada Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni yang akan menjadi tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2017 di Istana Negeri, pagi Isnin.

Hadir sama adalah Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) William Baya dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.

 ??  ?? JUHAR (duduk, tengah), Hajiji (duduk kiri), Ginun (duduk kanan) bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
JUHAR (duduk, tengah), Hajiji (duduk kiri), Ginun (duduk kanan) bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? JUHAR ( kanan) bersalaman dengan Ginun (dua dari kiri) sambil diperhati Hajiji (dua dari kanan) dan Yeo (kiri).
JUHAR ( kanan) bersalaman dengan Ginun (dua dari kiri) sambil diperhati Hajiji (dua dari kanan) dan Yeo (kiri).
 ??  ?? JUHAR (kanan) menerima jemputan rasmi daripada Hajiji.
JUHAR (kanan) menerima jemputan rasmi daripada Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia