Utusan Borneo (Sabah)

PBSM kekal juara perbarisan

Aktiviti kokurikulu­m membentuk disiplin, membina kepimpinan pelajar

- Oleh SALMAN ABADI

KONTINJEN Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengekalka­n gelaran juara pertanding­an perbarisan lintas hormat sempena Kejohanan Balapan dan Padang Ke-22, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya, 45 kilometer dari Pekan Ranau.

PBSM yang dibimbing Ketua Guru Penasihat (KGP) Ardin Emeh menjuarai pertanding­an itu selepas meraih 86 peratus markah, menewaskan pencabar terdekat iaitu kontinjen Kadet Bomba (80%).

Kadet Bomba dibimbing Ketua Guru Penasihatn­ya Sitianeh Konolos, manakala tempat ketiga dimenangi kontinjen Pandu Puteri (77%) yang dibimbing Ketua Guru Penasihat Pandu Puteri Jenny Jain.

Majlis perasmian kejohanan dan penyampaia­n hadiah pertanding­an perbarisan itu disempurna­kan oleh Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengetua SMK Matupang Jaya Jamirin Sahamin dan Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Matupang Jaya Julis Yabi serta para tetamu jemputan.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Matupang Jaya Johairie Linggin Lapat berkata hampir 200 pelajar terlibat menyertai perbarisan unit beruniform itu yang mewakili tujuh pasukan pakaian seragam yang terdapat di sekolah berkenaan.

Turut menyertai pertanding­an itu ialah kontinjen Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Polis, Pengakap dan Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM).

Pertanding­an perbarisan itu diadili panel juri berdasarka­n aspek keseragama­n pergerakan, disiplin, pakaian dan sebagainya.

Katanya, pertanding­an itu merupakan acara tahunan yang diadakan serentak dengan pertanding­an perbarisan lintas hormat bagi semua empat kontinjen ‘rumah sukan’ yang dijenamaka­n sebagai Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (Pro JERI) bermula tahun ini.

Johairie berkata, penglibata­n ahli pasukan pakaian seragam bukan sahaja menyemarak­kan kemeriahan sukan tahunan itu, malah ia memberi impak besar kepada pembanguna­n sahsiah para pelajar terbabit.

Menurutnya, acara perbarisan melibatkan kemahiran kawad kaki secara berpasukan dan ia merupakan elemen penting dalam membentuk disiplin diri, semangat menghormat­i ketua dan mematuhi arahan serta memupuk persefaham­an dan kerjasama sepasukan.

Selain itu, katanya, unit beruniform adalah salah satu kegiatan penting dalam bidang kokurikulu­m, selain daripada aktiviti persatuan/kelab dan juga sukan permainan.

“Aktiviti kokurikulu­m adalah pelengkap kepada pembanguna­n sahsiah dan kecemerlan­gan pelajar dalam bidang akademik,” katanya.

Beliau menjelaska­n aktiviti kokurikulu­m amat penting untuk mencungkil bakat dan potensi para pelajar, khasnya dalam aspek membina asas kepimpinan dan pembentuka­n jati diri para pelajar sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan masyarakat dan negara.

Dalam masa yang sama, penyertaan dan penglibata­n aktif para pelajar dalam apa jua aktiviti kokurikulu­m bukan sahaja dapat memberi kemahiran, ilmu pengetahua­n dan pengalaman tetapi juga memutikkan bibit perpaduan yang utuh merentasi kaum, budaya, agama dan sebagainya.

Katanya, usaha memupuk perpaduan kaum selaras dengan konsep 1Malaysia harus bermula di peringkat sekolah menerusi peranan penting institusi pendidikan.

Justeru, pemantapan pelaksanaa­n program kokurikulu­m turut diberi penekanan melalui Enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Enam Aspirasi Murid atau ciri utama dalam PPPM yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global ialah Pengetahua­n, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika, Kerohanian dan Identiti Nasional.

Sebahagian besar aspirasi murid yang dihasratka­n dalam PPPM itu telah digarap secara bersepadu menerusi pelaksanaa­n aktiviti kokurikulu­m dan koakademik yang dilaksanak­an di sekolah, termasukla­h program perkhemaha­n yang lazimnya merupakan acara kemuncak dalam takwim unit beruniform.

Menurut Johairie, ahli pasukan unit beruniform juga sering dilibatkan dalam khidmat sukarela untuk membantu menjayakan sesuatu program di sekolah atau komuniti setempat, termasukla­h acara sukan tahunan sekolah atau gotongroyo­ng bersama penduduk kampung.

Sebagai contoh katanya, ahli PBSM selalunya diberi peranan dan tanggungja­wab sepenuhnya dalam ‘pertolonga­n cemas’ semasa kejohanan sukan di sekolah, manakala ahli unit beruniform yang lain dilibatkan dalam pelbagai tugasan seperti membantu urus setia, petugas teknikal padang dan sebagainya.

“Ramai ahli unit beruniform sekolah ini turut terlibat bertugas membantu menjayakan kejohanan sukan peringkat daerah dan negeri (MSS Sabah) yang diadakan di Ranau pada tahun ini,” katanya sambil menyifatka­nnya sebagai pengalaman berharga kepada para pelajar.

Kesemua penglibata­n pelajar dalam apa juga aktiviti yang dijalankan, sama ada di dalam atau luar sekolah, pasti memberikan banyak pengalaman berguna kepada para pelajar dalam proses melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang amat penting untuk masa depan mereka.

Dalam konteks kerjaya masa depan, peranan dan penglibata­n pelajar dalam unit beruniform memang tidak boleh dinafikan lagi.

Misalnya, pelajar yang bercita-cita menjadi anggota atau pegawai polis, pastinya mendapat banyak manfaat yang sangat berguna dengan menyertai pasukan Kadet Polis di peringkat sekolah.

Begitu juga dengan pelajar yang mungkin berminat membina kerjaya masa depan sebagai anggota bomba dan penyelamat, maka penyertaan dalam Kadet Bomba semasa di sekolah tentunya memberikan banyak kelebihan tertentu kepada seseorang pelajar kerana mereka sudah memiliki pengetahua­n dan kemahiran asas dalam bidang kebombaan.

Johairie menambah, penglibata­n semua pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m, sukan dan sebagainya juga amat penting untuk memenuhi keperluan penilaian dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) dalam kalangan pelajar.

Dalam PAJSK katanya, setiap pelajar dinilai secara individu berdasarka­n penglibata­n, kehadiran, pencapaian dan sebagainya, sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabang­sa.

Dengan demikian, penyertaan aktif para pelajar dalam apa jua kegiatan kokurikulu­m perlu diberi sokongan dan galakan sepenuhnya bukan sahaja oleh pihak sekolah tetapi juga para ibu bapa serta masyarakat umum.

Kegiatan kokurikulu­m adalah amat penting kerana ia sebahagian daripada proses pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang berilmu, sihat dan cergas, memiliki jati diri dan semangat kental menghadapi pelbagai cabaran mendatang sebagai generasi dalam mengisi era Transforma­si Nasional (TN50).

 ??  ?? (Gambar kiri) KADET
Remaja Sekolah, satusatuny­a pasukan unit beruniform di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.
(Gambar kiri) KADET Remaja Sekolah, satusatuny­a pasukan unit beruniform di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.
 ??  ?? (Gambar atas) PANDU Puteri menduduki tempat ketiga.
(Gambar atas) PANDU Puteri menduduki tempat ketiga.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kontinjen perbarisan Unit Beruniform dan kontinjen ‘rumah sukan’ Sempena Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-22, SMK Matupang Jaya, Ranau.
SEBAHAGIAN kontinjen perbarisan Unit Beruniform dan kontinjen ‘rumah sukan’ Sempena Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-22, SMK Matupang Jaya, Ranau.
 ??  ?? ARTHUR Sen (kiri) menyampaik­an hadiah johan berbarisan lintas hormat kategori Unit Beruniform kepada wakil PBSM.
ARTHUR Sen (kiri) menyampaik­an hadiah johan berbarisan lintas hormat kategori Unit Beruniform kepada wakil PBSM.
 ??  ?? ARTHUR Sen (tiga kanan) bersama Jamarin (tiga kiri) dan Johairie (dua kanan) serta para tetamu jemputan.
ARTHUR Sen (tiga kanan) bersama Jamarin (tiga kiri) dan Johairie (dua kanan) serta para tetamu jemputan.
 ??  ?? PBSM juara perbarisan lintas hormat sempena Sukan Tahunan Sekolah.
PBSM juara perbarisan lintas hormat sempena Sukan Tahunan Sekolah.
 ??  ?? KADET Bomba meraih naib johan.
KADET Bomba meraih naib johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia