Utusan Borneo (Sabah)

Hilang telefon, lelaki mengamuk

-

JOHANNESBU­RG: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah teater yang sesak awal kelmarin di Afrika Selatan selepas telefon bimbitnya hilang, menyebabka­n seorang maut dan lapan cedera, kata polis semalam.

Lelaki terbabit melepaskan tembakan rambang ke arah penonton di Teater Hillbrow di tengah Johannesbu­rg sambil menuntut telefonnya dipulangka­n.

“Suspek melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai, dan seorang mati dan lapan lagi cedera,” kata jurucakap polis Lungelo Dlamini.

“Difahami lelaki itu mendapati telefon bimbitnya dicuri dan dia melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden tersebut,” katanya.

Polis masih mencari penyerang terbabit.

Penjaga teater yang terselamat memberitah­u akhbar The Citizen bahawa beliau mendengar bunyi tembakan lalu berkejar ke dalam dan menemui orang ramai bergelut untuk melepaskan diri.

“Nampaknya lelaki itu hilang barangnya dalam teater dan mulai mengadu tentang kehilangan telefon bimbitnya.

“Dia menarik mikrofon dan mulai berkata sesiapa sahaja yang mengambil telefonnya mesti memulangka­nnya semula,” kata Phanankosi Dube.

Hillbrow adalah kawasan pinggir bandar padat penduduk dan terkenal dengan jenayah ganas.

Konsert di teater itu telah diadakan bagi mengumpul dana untuk menyokong sebuah pertubuhan yang menawarkan tempat perlindung­an yang selamat untuk kanak-kanak gelandanga­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia