Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki AS mati ditembak di Haiti

-

Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) mati ditembak ketika hendak memasuki kereta di subbandar mewah di bandar utama Haiti Portau-Prince, kata sumber polis kelmarin.

Jabatan Negara AS menyatakan ia telah menyedari tentang laporan itu namun tidak boleh menyatakan lebih lanjut lagi disebabkan oleh peraturan privasi.

Pihak polis Haiti menyatakan insiden itu berlaku pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan pada Sabtu lepas di Petionvill­e, sebuah kawasan kejiranan sibuk di sebuah bukit yang mengadap ke arah ibu negara.

Seorang orang awam Haiti turut ditembak dan tercedera semasa serangan dan sedang menerima rawatan di bawah perlindung­an polis di sebuah hospital tempatan.

Seorang sumber di unit forensik polis menyatakan rakyat Amerika itu, yang tidak dikenal pasti secara rasmi, telah meninggal dunia dalam apa yang dikatakan sebagai satu pembunuhan yang disengajak­an.

Kelongsong peluru daripada pistol dengan dua kaliber yang berlainan, 9-mm dan kaliber .45, telah ditemui di tempat kejadian, tambah sumber tersebut.

Petionvill­e merupakan sebuah daerah yang meriah dengan puluhan restoran, pasar dan hotel berkelas tinggi, terkenal di kalangan pelancong antarabang­sa dan golongan elit perniagaan Port-au-Prince.

Namun ia tidak kebal daripada keganasan politik dan jenayah yang membelengg­u bahagian lain di bandar ini, bandar utama negara termiskin di Hemisfera Barat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia