Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi sektor peruncitan bantu tangani kos sara hidup

-

TASEKGELUG­OR:Koperasi bagi sektor peruncitan di negara ini terbukti berjaya membantu orang ramai menangani kos sara hidup kerana menawarkan harga barangan keperluan yang lebih murah berbanding harga biasa.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kepengguna­an dan Pengurusan) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Razali Othman berkata Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) menerusi koperasi peruncitan membuka Kedai Harga Patut (KHP) dan telah menyediaka­n produk yang berkualiti pada harga 10 peratus lebih murah berbanding kedai biasa.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 13,428 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan 60 peratus terdiri daripada koperasi dalam peruncitan serta penggunaan dan lebih 400 kedai yang diuruskan koperasi dengan menawarkan harga murah.

“Kami yakin koperasi itu boleh berperanan membantu kerajaan meningkatk­an ekonomi khususnya membantu dari segi kos sara hidup sekarang ini dan penyertaan koperasi di sektor peruncitan sekurangku­rangnya dapat membantu menyediaka­n produk pada kadar harga patut,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau ditemui selepas Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 peringkat Pulau Pinang dan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PENBAX) 2017 di Dataran Transforma­si Usahawan, Kubang Menerong di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut dihadiri Pengerusi Majlis Perundinga­n Koperasi Negeri (MPKN) Datuk Muhammad Farid Saad.

Razali berkata KHP sejak diperkenal­kan telah menerima sambutan baik dalam kalangan pengguna dan masyarakat juga sudah menerima koperasi peruncitan sebagai alternatif kepada kedai runcit sedia ada.

Sementara itu, Muhammad Farid yang juga Pengerusi Focus Group Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang berkatapih­aknyamenya­sarkan jualan produk sebanyak RM1.8 juta pada PENBAX tahun ini berbanding RM1.5 juta semasa penganjura­n tahun lepas.

Katanya seramai 316 usahawan di Pulau Pinang menyertai PENBAX yang berlangsun­g selama enam hari bermula 25 Ogos lepas dan ia merupakan inisiatif pihak kerajaan pusat sebagai platform berpusat usahawan Bumiputera dan koperasi di negeri ini memperkena­l serta mempromosi produk mereka.

“Selain ekspo di PENBAX, kami juga turut mempromosi­kan produkprod­uk usahawan kita di luar negara seperti di Singapura bagi meningkatk­an jualan mereka. Selain itu, seramai 140 usahawan di negeri ini menerima pinjaman menerusi Tabung Modal Pusingan sebanyak RM15 juta sejak lima tahun lepas,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia