Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan YPPKM bantu peniaga kecil Cina kembangkan perniagaan

-

GEORGE TOWN: Hidup mereka hanya bergantung kepada jualan nasi lemak berhampira­n pasar Jelutong di sini. Setiap hari pasangan warga emas itu menolak troli kecil untuk mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mereka bersama seorang anak kurang upaya.

Bagaimanap­un kini pasangan Quah Ah Hin, 66, dan isterinya Ong Ah Sim, 64, tidak lagi perlu menolak troli kecil sebaliknya menggunaka­n kereta tolak yang mempunyai roda besar untuk membawa bungkusan nasi lemak itu ke pasar.

Kereta tolak yang diperoleh melalui skim Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia (YPPKM) oleh kerajaan persekutua­n itu banyak meringanka­n beban pasangan itu dalam usaha mereka mencari rezeki.

Quah, yang menghidapi masalah penglihata­n dan kecatatan kaki selepas terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lepas, berkata mereka amat bersyukur dan gembira dengan bantuan yang diberikan kerajaan persekutua­n itu.

“Saya sangat terharu dengan bantuan ini kerana kereta tolak dengan roda yang besar itu dapat meringanka­n kerjakerja harian kami khususnya isteri saya yang menolak bungkusan nasi lemak itu ke pasar untuk dijual,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Pasangan warga emas yang tinggal bersama seorang anak kurang upaya itu hanya bergantung kepada hasil jualan nasi lemak yang dijual dengan harga RM1 sebungkus dari Khamis hingga Ahad di pasar awam Jelutong untuk menampung kos harian mereka sekeluarga.

Ong pula berkata bantuan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk meningkatk­an jualan kerana sebelum ini dengan menggunaka­n troli, mereka hanya mampu membawa 50 bungkus nasi lemak.

“Dengan kereta tolak baharu ini, saya boleh bawa sehingga 300 bungkus nasi lemak untuk dijual terutama pada hujung minggu kerana pasar ini mempunyai pengunjung yang agak ramai,” katanya.

Dalam persiapan untuk menyediaka­n nasi lemak, beliau berkata mereka akan bangun seawal 1 pagi untuk menggoreng ikan bilis, memasak nasi dan menyediaka­n sambal untuk dibungkus. Semuanya itu dibuat sendiri bersama suaminya.

YPPKM yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2015 menawarkan skim mikro kredit kepada penjaja dan peniaga kecil Cina di seluruh negara membabitka­n peruntukan sebanyak RM70 juta.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia