Utusan Borneo (Sabah)

Banyakkan tender terbuka

Rayuan SBA kepada kerajaan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Persatuan Pembina Sabah (SBA) menerusi Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) merayu kepada kerajaan agar mewujudkan lebih banyak tender terbuka.

Presiden SBA Lou Chi Nam berkata, tender projek kerajaan yang ada kini kebanyakan dilakukan secara pemilihan dan tidak terbuka.

“Kami juga menyeru kerajaan untuk mengurangk­an yuran levi terhadap pekerja asing memandangk­an industri pembinaan di sini masih bergantung kepada tenaga kerja dari luar negara kerana kurangnya minat pekerja tempatan dalam industri ini.

“Industri ini juga berhadapan dengan maklum balas yang negatif dalam program penggajian semula pekerja asing tanpa izin kerana hanya dua peratus daripada sasaran 50,000 pekerja itu digaji semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, salah satu faktor penyebab turut melibatkan majikan yang tidak mampu membayar yuran penggajian semula dan levi yang sangat tinggi.

Katanya, program itu akan tamat pada 31 Disember 2017 dan para ahli pembinaan dinasihatk­an agar tidak menggaji pekerja asing tanpa melalui proses dokumentas­i yang sah.

“Pihak pemaju juga perlu mendaftark­an pekerja asing tanpa izin dengan pas perjalanan yang sahih sekurang-kurangnya mempunyai tempoh 18 bulan berdasarka­n terma dan syarat program itu.

“Isu lain adalah berkaitan dengan pelaksanaa­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di bawah Program Transforma­si Industri Pembinaan (CTTP),” katanya.

Menurutnya, kesemua isu itu diutarakan dalam satu sesi dialog yang diadakan dihadapan para ahli Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Sunway Resort Hotel & Spa, baru-baru ini.

Katanya, sempena sesi dialog itu, pihaknya juga hadir dalam satu majlis makan ulangtahun ke-63 MBAM.

 ??  ?? LOU (belakang, empat kanan) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis makan malam itu.
LOU (belakang, empat kanan) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis makan malam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia