Utusan Borneo (Sabah)

Van Foton View C2 Window varian diesel kini dalam pasaran

-

PENAMPANG: Berjaya China Motor Sdn Bhd (BCM) pengedar eksklusif dan pemasar bagi jenama kenderaan komersil China, Foton Motor Group (FMG) Malaysia secara rasminya melancarka­n varian diesel Van Foton View C2 Window, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif BCM Sdn Bhd Datuk Donald Choo berkata, model baharu itu akan menyokong model petrol yang sedia ada Foton View C2 bagi menawarkan kemudahan dan fleksibili­ti yang lebih baik kepada pelanggan.

“Model baharu ini menawarkan­teknologit­erkini yang ada pada van itu di Malaysia dan kemunculan­nya seiring dengan matlamat kami untuk menyokong barisan produk yang sedia ada di negara ini.

“Model baharu ini dijana enjin 2.8L Turbo Diesel yang menggunaka­n teknologi kejurutera­an Jepun. Ia digandingk­an dengan transmisi manual lima kelajuan,” katanya ketika dalam satu majlis pelancaran Van Foton View C2 Window, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, van itu menghasilk­an output keseluruha­n sebanyak 70Kw @3600rpmden­gankuasaki­las maksimum 225Nm@2300 rpm.

Katanya, enjin pula dilengkapi sistem common rail bertekanan tinggi Bosch, turbocharg­e intercoole­r dan kawalan elektronik Pengedaran Semula Gas Ekzos yang mematuhi standard pelepasan asap Euro 4.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Motor Sdn Bhd Chok Yun Kiong berkata, pihaknya telah menjual sebanyak 40 unit kenderaan itu pada awal tahun ini.

“Saya menjangkak­an jualan akan meningkat lagi sebanyak 20 sehingga 30 unit menjelang fasa ke empat tahun ini.

“Harga yang dijual bermula dari RM89,000 sehingga RM128,000 untuk tiga model yang dipasarkan dan setiap model akan diberikan diskaun sebanyak RM3,000 sempena pelancaran ini,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Dewan Perniagaan Cina dan Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui serta tetamu kehormat yang lain. - Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ?? DONALD (kiri), Chok (dua kiri), Yeo (dua kanan) dan Micheal menyempurn­akan acara perasmian.
DONALD (kiri), Chok (dua kiri), Yeo (dua kanan) dan Micheal menyempurn­akan acara perasmian.
 ??  ?? VAN Foton View C2 Window.
VAN Foton View C2 Window.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia