Utusan Borneo (Sabah)

Udang ubah wajah Delta Mekong

-

MENGGAYAKA­N jam tangan emas dan cincin besar sepadan, penampilan Tang Van Cuol bagaikan langit dengan bumi jika dibezakan dengan petani biasa di Vietnam ketika beliau menikmati wain beras dan berbangga dengan unjuran pendapatan­nya.

Setelah bertahun-tahun hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang bersawah padi dan menanam bawang atau menternak itik, petani berusia 54 tahun itu mengakui hidupnya mulai berubah pada 2000 setelah menternak udang.

Delta Mekong yang sudah lama terkenal sebagai jelapang padi Vietnam, kini turut menjadi tapak industri udang bernilai berbilion dolar di mana semakin ramai petani membina kekayaan daripada krustasia kecil itu.

“Menternak udang boleh menjana pendapatan yang amat lumayan dan tidak terbanding dengan industri lain,” kata Cuol ketika menjamu koresponde­n Jenny Vaughan dan rakanrakan­nya dengan nasi, salad, daging dan sudah pasti, udang.

Tahun ini beliau menjangka akan mengaut satu bilion dong atau sekitar AS$44,000, angka yang cukup lumayan di delta tersebut di mana pesawah padi meraih pendapatan sekitar AS$100 sebulan.

Bonanza udang ini bermula pada 1990-an apabila paras air laut yang meningkat menyalurka­n air masin ke dalam Delta Mekong.

Industri ini pesat selaras dengan permintaan dari Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Penduduk tempatan yang bijak dengan pantas mengesan perubahan di delta tersebut begitu serasi untuk pertanian udang.

Hasil kekayaan tersebut telah mengubah kawasan Cuol di wilayah Soc Trang, motosikal menggantik­an basikal di atas jalan raya baharu berturap dilatari rumah-rumah konkrit bertingkat yang tidak pernah dibayangka­n hanya segenerasi lalu.

Cuol memiliki beberapa buah motosikal, menaja majlis perkahwina­n anak perempuann­ya dan berbangga dengan koleksi mengagumka­n barangan antik bernilai ratusan juta dong.

Namun jurukempen alam sekitar memberi amaran hasil kekayaan daripada pertanian udang secara intensif itu mungkin hanya untuk jangka masa pendek.

Hari ini, pencemaran dan penyakit kerapkali menjejaska­n hasil tuaian udang.

Namun krisis yang lebih teruk akan berlaku gara-gara penghapusa­n hutan paya bakau untuk memberi laluan kepada pembinaan ladang udang, sekali gus mendedahka­n kawasan tersebut kepada kekuatan ribut dan peningkata­n lanjut paras air laut yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

“Industri ini tidak lestari,” kata Andrew Wyatt, Pengurus Program Delta Mekong bagi Internatio­nal Union for Conservati­on of Nature (IUCN).

IUCN menggalakk­an para penternak untuk memulihara pokok bakau dan menghentik­an penggunaan bahan kimia berbahaya supaya udang mereka boleh diiktiraf organik, sekali gus meraih tambahan lima hingga 10 peratus dalam proses tersebut.

Namun para penternak udang beranggapa­n ganjaran kewanganny­a terlalu lumayan untuk dibiarkan begitu sahaja.

SERAMPANG DUA MATA

Sama seperti bapa dan datuknya, Tang Van Tuoi bergelut menjalani kehidupan sebagai pesawah padi.

Mereka sekeluarga tidur di bawah bumbung daun kelapa dan meraih pendapatan yang memadai untuk menyara keluargany­a.

Tetapi apabila air masin mulai menyusup ke dalam sawah bendangnya, beliau melihatnya sebagai satu peluang dan mulai menternak udang.

“Sekarang segalagala­nya telah membangun, kami ada kenderaan, jalan raya, perubahan di sini begitu ketara,” katanya ketika ditemui di ruang tamunya yang berkilat, di mana peti televisyen skrin rata tergantung di atas set perabot kayu.

Walaupun keadaan sukar, beliau masih boleh mengaut pendapatan melebihi hasil bersawah padi.

Lebih-lebih lagi dalam tahun yang bagus, beliau boleh meraih sehingga AS$40,000.

Melimpah dengan tunai, beliau telah membina tiga buah rumah untuk keluargany­a.

“Kami mempunyai wang, kami memiliki segala-galanya yang kami ingini,” kata bapa kepada enam anak itu ketika cucu perempuann­ya bermain permainan video menggunaka­n telefon pintar di sisinya.

Tetapi beliau mengakui perusahaan­nya adalah seperti satu perjudian.

Kolam-kolamnya telah terjejas penyakit dan pencemaran.

Menyedari risiko jangka masa panjang, kerajaan tidak membenarka­n seluruh wilayah tersebut mengusahak­an industri udang meskipun air laut terus menyusup jauh ke daratan.

Sebaliknya, pihak berkuasa telah membelanja­kan jutaan dolar untuk menambak zon air tawar yang diperlukan untuk menanam padi, makanan ruji di negara itu, di sepanjang Delta Mekong.

Strategi tersebut sebahagian­nya bertujuan memastikan wilayah tersebut boleh menanam padi yang mencukupi untuk menampung keperluan negara, tunjang bersejarah ekonomi kerajaan komunis yang dirancang berpusat.

Namun tatkala negara itu menerima reformasi pasaran, tarikan untuk mengekspor­t udang yang mahal itu kebanyakan­nya ke Eropah dan AS, ternyata semakin hebat.

Tahun ini perdana menteri menyeru agar eksport udang mencecah AS$10 bilion menjelang 2025, peningkata­n ketara berbanding As$3 bilion tahun lepas.

Sebagai perbanding­an, pendapatan eksport daripada beras telah merosot secara berterusan sejak 2011 dan menjana pendapatan kira-kira AS$2.2 bilion tahun lepas.

“Mereka cuba mewujudkan keseimbang­an antara menjana pendapatan daripada eksport dan pembanguna­n ekonomi, namun dalam masa yang sama tidak mengorbank­an jaminan makanan jangka masa panjang,” kata penyelidik PHD Tim Gorman dari Universiti Cornell.

Sebagai hasilnya, polisi sedemikian menggalakk­an tunai segera hasil penternaka­n udang dan melindungi masa depan jangka masa panjang jelapang padi negara.

Situasi ini bagaimanap­un membuatkan para petani dan penternak berbelah bahagi.

Di sesetengah kawasan kerajaan kini menggalakk­an petani menanam padi setengah tahun dan menuai udang untuk setengah tahun lagi, satu perusahaan yang rumit bagi petani seperti Thach Ngoc Cuong yang sudah muak bersawah padi.

Beliau mempunyai dua lot tanah di wilayah Soc Trang, satu untuk bersawah padi dan satu lagi untuk menternak udang.

“Saya amat gembira jikalau kami dibenarkan menternak udang di kedua-dua lot,” katanya. — AFP

 ??  ?? LADANG UDANG DI DAERAH SELATAN TRAN DE PERUSAHAAN SYARIKAT MAKANAN LAUT KHANH SUNG DI DAERAH SELATAN MY XUYEN
LADANG UDANG DI DAERAH SELATAN TRAN DE PERUSAHAAN SYARIKAT MAKANAN LAUT KHANH SUNG DI DAERAH SELATAN MY XUYEN
 ??  ?? LADANG UDANG DI DAERAH SELATAN MY XUYEN
LADANG UDANG DI DAERAH SELATAN MY XUYEN
 ??  ?? CUOL ditemu bual di beranda rumahnya berlatarbe­lakangkan rumah yang dibinanya untuk anak perepuanny­a di daerah selatan My Xuyen. — Gambar AFP
CUOL ditemu bual di beranda rumahnya berlatarbe­lakangkan rumah yang dibinanya untuk anak perepuanny­a di daerah selatan My Xuyen. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia