Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi cadangan waktu perjalanan: Anih Berhad

-

KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menyaranka­n pengguna jalan raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan (TTA) sempena cuti Hari Kebangsaan dan Aidiladha.

Pengarah Eksekutifn­ya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata cadangan itu dilakukan bagi keselesaan pengguna dan untuk mengurangk­an kesesakan akibat kenderaan bertembung pada masa yang sama, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak.

Katanya, pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 30 dan 31 Ogos ini diminta berbuat demikian antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam.

“Pengguna yang hendak ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh sama pula disarankan memulakan perjalanan antara pukul 6 pagi hingga 11 pagi atau antara pukul 5 petang hingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Fauzi menambah pengguna yang bercadang kembali ke Lembah Klang pada 2 dan 3 Sept ini, mereka dari Pahang disarankan memulakan perjalanan antara 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna yang pulang beraya dari Terengganu pula diminta untuk memasuki lebuh raya bermula antara pukul 10 malam hingga 1 pagi atau 8 malam hingga 10 malam.

Pengguna dari Kelantan disarankan memulakan perjalanan mereka pada pukul 5 petang hingga 9 malam atau antara 9 malam hingga 12 tengah malam.

“Kami juga menasihatk­an pengguna untuk tidak menyalahgu­nakan lorong kecemasan dan mengikuti perkembang­an terkini aliran trafik. Jadual TTA juga boleh diperoleh di laman web Anih Berhad, Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik,” katanya.

Selain itu, Nik Fauzi juga memaklumka­n bahawa syarikat itu turut menyumbang lembu bagi tujuan korban di Masjid Kampung Mempatih, Lanchang dekat sini dan Masjid Jamek, Bandar Karak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia