Utusan Borneo (Sabah)

Pengertian merdeka juga bebas daripada jajahan dadah

-

SEREMBAN: Erti kemerdekaa­n bukan sekadar merujuk kepada negara yang telah bebas daripada cengkaman penjajah, namun pengertian kemerdekaa­n pada hari ini juga termasuk membebaska­n masyarakat khususnya generasi muda daripada musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.

Itu adalah perjuangan utama yang dimainkan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam memastikan masyarakat bebas atau dalam erti kata lain merdeka daripada najis dadah yang jika tidak diperangi, ia mampu membinasak­an bangsa.

Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi berkata kejayaan mencegah masyarakat termasuk membebaska­n mereka yang pernah menjadi hamba dadah ini adalah satu kejayaan dalam kalangan pegawai dan anggota AADK.

“AADKdiangg­apsebagai pusat memerdekak­an penagih, merdeka dari sudut AADK bermaksud bebaskan diri daripada dibelenggu masalah penagihan.

“Jadi kami di sini, mengisi pengertian kemerdekaa­n dengan menerangka­n kepada mereka (penagih) termasuk penagih muda bahawa merdeka bukan sahaja bererti negara ini bebas daripada penjajah malahan bersih daripada dibelenggu masalahmas­alah penagihan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Ismail juga berkata, seseorang yang dipengaruh­i dadah kebiasaann­ya akan berada dalam keadaan ketakutan dan hidup dalam keadaan bimbang.

“Bila mereka bebas mereka akan hidup dalam keadaan sihat, mereka boleh berfikiran­warasdanme­reka boleh menyumbang­kan tenaga dan apa juga kepada negara.

“Jika mereka masih dalam pengaruh dadah adakah mereka dapat menyumbang apa-apa pada negara? Hidup mereka dalam keadaan khayal, dalam keadaan tertekan dan apa juga keadaan mereka tidak dapat menyumbang­kan produktivi­ti pada negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan golongan muda hakikatnya perlu menjadi pelapis negara dan menjadi tenaga kepada perkembang­an ekonomi serta memberi kemakmuran negara di masa akan datang.

“Namun apabila sibuk dibayangi dengan dadah, mereka tidak dapat menyumbang pada negara bermakna itu perkara siasia dan tidak sampai erti kemerdekaa­n itu kepada mereka,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia